Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, September 16, 2011

Kampung saya ada ni..

Salam 'alaikum..

Selamat Hari Malaysia.. Mesti macam-macam plan korang hari ni kan? Ada yang balik kampung. Ada yang plan nak outing and shopping moping dan mesti ada yang sesudah subuh lagi keluar untuk menyaksikan kemeriahan acara Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia kan..

Korang pernah naik motorboat tak? Mesti ada yang pernah kan? Kalu KH, memang dari kecik sampailah ke besar sebelum ada kereta, motorboat merupakan transport rasmi untuk ke Kota Bharu. Dari kampung KH ke Kota Bharu boleh guna jalan darat iaitu cross Jambatan Sultan Yahya ataupun naik motorboat.

Masa sekolah dulu, memang hujung minggu motorboat nilah yang KH naik untuk pegi ke Pusat Tuisyen kat KB. Masa tu tambang dia hanya 40 sen dan sekarang ni dah RM1. Kira takde la mahal sangatkan. Masa perjalanan dari jeti kampung KH ke jeti motorboat KB dalam 20 ke 25 minit. Tapi waktu balik cepat sikit sebab ikut arus air sungai..Dalam 15 minit je.

Dan dengan motorboat ni lah mak KH cari rezeki kat KB. Berpuluh tahun dia ulang alik ke KB menghantar barang jualan naik motoboat ni je. Kiranya banyak berjasa dah perkhidmatan motorboat ni pada penduduk kampung KH.

Lama dah KH tak naik motoboat ni. Tapi raya hari tu, kitorang pakat ramai2 naik motorboat ni ke KB. Al-maklumlah, bila time nak raya jalan memang sesak. So, biasanya untuk jimatkan masa, alternatifnya naik motorboat lah..dekat sangat je nak jalan kaki dari jeti ke pusat bandar..


Yeaahh!Motorboat dah sampai..

Penumpang-penumpang..

Pandangan dari jauh.. Susur gajah sebelah kereta tu la laluan ke jeti..
Dah cantik dah sekarang..dulu sempoi je


Pandangan dekat laluan ke jeti

Kalau petang-petang dapat lepak sini mesti best banget!


Nilah rupa jeti motorboat tu.. Dari dulu sampai skang gitulah..
tak berubah..Buat la cantik sket..hehe

Ramai penumpang time ni..Penuh tempat duduk..
Yang baru balik kampung memang amik peluang naik motorboat



Kecik sangat signboardnya..huhu

Dah sampai!hehe muka happy dapat naik motorboat..
Kakak ipar yang kat KL  ngan anak2 sedara KH memang
suka bebenor naik motorboat

Korang jeles tak kampung KH ada motorboat?hahahaha..kejii KH ni kan.. Kalau nak rasa pengalaman naik motorboat ni, kena la mai Kelantan. Spesifiknya lagi, kena mai kampung KH..hehe


16 comments:

KM7 said...

seronoknya...teringin juga nak naik ni..Kampung KH nama apa?

eelobor said...

uhuhuh...dah berubah sakan la jeti tuh. dulu2 maso sekoloh, sokmo gi ke kampom laut naik boat nih. jeti belake hankyu jaya

Kumbang Jingga said...

waaa ada feri

shazmir said...

wah..mesti cuba nie..!

cun awk cun ..!!
xyz4mir.blogspot.com

ISZA said...

kita tak jeles sebab kat kuala kangsar pun ada..
ngee..
:D

Izan Ishak said...

kampung izan mmg takde nih...

kompem kena jalan2 gi umah akak kalau nak rasa sendiri naik motobot kan~

teratai said...

seronok nya,lama doh x naik bot nih!

nineynur said...

beh nyeee,,bila nak jalan2 kb ni

Unknown said...

hmm xpernah naik motobot! :D

IMANSHAH said...

sekali jah saya naik kat pengkalan ni..selebihnya naik 'perahu' gi takbai

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu,

Alamat Kampong akak jalan nama Jalan Tambang...sebab dulu sekitar tahun 70an samapi awal 80an, ada bot tambang. Sekarang dah takda...tinggal kenangan!

Gadis Acoustic's said...

bestnye naik bot.....

exora said...

sy pun ada pglaman naik bot ni..dulu lepas spm, sy duduk kt umah makcik di temerloh belajar kelas komputer, jalan darat pun ada tp sy lagi suka naik bot..ms tu tmbgnya 30 sen jer...

Salwa said...

wah.pernah naik bot sekali je.tu pun gi pulau pangkor.hehe.

Si GaJus!!! said...

fest time singgoh situ time blik cuti rayo.. memey cantik tmpat dio..

whitecappuccino said...

best jugok skali skalo naik motobot nih..