Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, August 22, 2011

Putus Tunang..Kelar Leher Kawan?Huhu ngeri


SUNGAI PETANI – Seorang pelajar lelaki sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Merbok di sini cedera apabila lehernya dikelar oleh rakannya kira-kira pukul 5 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata ketika kejadian mangsa Mohd Khairil Amir Zulkifli berumur lingkungan 20-an sedang tidur dalam bilik asramanya di IPTA berkenaan.
Suspek mengelar leher mangsa ketika mangsa sedang tidur dan kita tidak pasti lagi sama ada suspek tersebut rakan sebiliknya atau tidak dan ia masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Katanya suspek bertindak demikian kerana dipercayai berada dalam keadaan tertekan dan tidak dapat berkfikir dengan waras sehingga cuba untuk membunuh mangsa.
Dipercayai suspek baru putus tunang sehingga memberi tekanan kepadanya, fikiran jadi tidak menentu dan akhir sekali telah mengelar leher mangsa,” katanya.
Hashim berkata mangsa yang berasal dari Kangar, Perlis telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini bagi mendapatkan rawatan lanjut manakala suspek belum dapat dikesan.
Kita masih giat mencari suspek bagi membantu siasatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk membunuh,” katanya.

Sumber: Mynewshub
--------------------------------------
Huhu kat tempat mana lagi selamat?Kalau macam ni gayanya..Apa-apapun musibah kena ingat Allah banyak2..Solat hajat mintak Allah bantu kita..permudahkan urusan..lapangkan hati. Bukan dengan cara gini..Memanglah perit rasanya bila putus tunang..tapi kena fikir positif kan..Allah uji kita dengan pelbagai bentuk ujian. Kita kena bersabar dan bersangka baik dengan Allah..InsyaAllah hati akan tenang dan redha..

19 comments:

IMANSHAH said...

ayo, mudah benar amik nyawa orng

alinac lover said...

sian dia..xpasal je kena

Lelord said...

adehhhh ngerinya..org lain lak jd mangsa

cikgu isza said...

sakit mental,
penyakit yang kian berleluasa dan memang sukar dijangka..
Panduan memilih bakal isteri | Semekar Kasih

pengemisCinta said...

ngerinya...tak pasal2 orang lain yang kena..huurm

Iffah Afeefah said...

ermmm bhye tu

♥cmª shIemª♥ said...

itulah klu iman xde..
dasyat!

Bui Junaidi said...

nauzubillah..jgnlah perkara2 ni terjadi pada kita..

nur aisya humaira said...

eiii,ngerinye...

eelobor said...

itu baru putus tunang..... dah hilang kewarasan akal

Nur Hawa Mohd Zin said...

huish...bahaya betul skunk ni..takot la kan kak sebab kita tgk org tu normal rupanya ada masalah tekanan jiwa

Syazwan Che Deraman said...

uishhh kak, ada jgak kes macam ni.
huhuhuh.
dunia dah tak selamat dahh.

~izan~ said...

nyawa manusia dah mcm nyamuk je kak huhu

exora said...

iman smkin menipis dalam diri manusia...jiwa kosong...

KhaiZa said...

Ya Allah.. macam2 sekarang ni.. risau plak..
--
Jom jengah Khaiza Beauty Shop

whitecappuccino said...

orang zaman sekarang memang sadis..menakutkan!

aizamia3 said...

kan ada cara lagi baik dari mengelar leher kawan tu..

ieda said...

adoiiii terasa kat leher nie wan ..
suspek sakit mental kuttt .. huuh sedih , pemakanan skrg dah banyak x selamat .. org bolehs akit mental dan bertindank melulu .. jiwa tertekan kerana cinta tuu x dpt nak terima huhuh

Zura said...

kekecewaan yg terlalu d pikirkan..inilah akibatnye...