Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, August 8, 2011

MIGRAIN..

Salam 'alaikum..



Sakit di bahagian sebelah kepala.. atau lebih familiar lagi migrain la..

Migrain ni biasanya dia serang sebelah bahagian kepala je. Sebelah kanan or kiri..depan or belakang. Paling tak tahan kalau dia serang kat bahagian dahi dan kening.. Mata pun macam senak je. Tekak loya semacam..huhu

Arini diriku kena migrain lagi..huhu biasanya kalau pegi klinik doc akan bagi pain killer. Seboleh2nya cuba tahan dulu sakit sebab tak nak terlalu bergantung kepada ubat.

Boleh dikatakan semua ubat migrain diriku dah rasa. Paling kuat nama dia 'syndol-migraine' kalau tak silap. Ubat ni nak keluar dari farmasi hospital perlu dapat signature doktor dulu. Dan ada beberapa ubat lagi yang biasa KH dapat.

Tapi biasanya doktor bagi yang ni

 (Google)

Tak pun yang kaler ijau kuning ni




Doktor kata migrain ni takde ubat. Ia hanya dapat dikurangkan dengan makan ubat penahan sakit and berpantang makanan dan minuman tertentu. Teringat kata-kata doktor yang KH selalu jumpa masa ngaja kat Sarawak. Dia kata migrain ni kita boleh 'tidurkan' ia je. Lama mana ia nak tidur, dia tak dapat jamin. Ada yang enam bulan sekali kena. Ada yang sebulan sekali. Ada juga yang setiap minggu kena.

Menurut doktor tu, migrain ni akan berkurangan bila usia meningkat. Hmm betul kot. Sebab masa KH sekolah dan kat u dulu selalau sangat kena. Tapi bila dah makin tua ni, tak selalu sangat. Dulu kat sekolah, selalu gak la pitam.

Yang pasti, musuh utama migrain adalah 'kopi'..tapi ada gak yang tak boleh makan aiskrim atau coklat. KH boleh je minum kopi.. Tapi nescafe tengok keadaan. Kadang2 minum tak sakit..Kadang2 pas minum berdenyut terus kepala. Yang tak tahan kalau nak vomit..huhu

Biasa kalau sakit sangat, KH akan amik air segelas, baca al-Fatihah, ayat Kursi, selawat byk2 kali hembus kat air tu then minum dan ambik sikit air tu buat sapu kat kepala. Dan waktu solat tu, KH sujud lama2 sikit. Memang berkesan juga. Kalau tak berkesan, telan juga lah pain killer tu..huhu

Ada tak yang kena migrain teruk sampai pitam? Tak pun memang selalu kena migrain dan ada petua..

**Malam ni solat terawih di rumah je..pala pun tingtong lagi ni..huhu

14 comments:

sha a.s said...

sha x terawih mlm ni.....alhamdulillah, x penah kena migrain...harapnye tidakla smpi bila2...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

moga cpt sembuh akak syg..adik cuma baik klu mkn ubat cafegot ke apa ntah nama dia..pahity sgt2..huhu.

IMANSHAH said...

ujian allah di bulan yang mulia

Niena Pengembara Ilahi said...

msa nina study dlu kerap kna migrain... skang ni Alhamdulillah dh jarang kena :D..

Syazwan Che Deraman said...

ooo..macam tu.terima kasih sebab share,
saya tak pernah kena lagi.minta dijauhkan migrain nie,
ubat tahan sakit bahaya woo.
tak leh bergantung sngat kat ubat kan.

patot la senyap je.

selamat berpuasa ;)

Abg Ijal said...

Haddoi,,,migrain nih meme menyakitkan. X leh nk gambarkan.Kdg2 dh makan PONSTAN @ MEFENAMIC ACID pn x membantu, dh immune! Org yg x penah kena meme x faham. Bila kena tu mulalah berkurung dlm bilik gelap sbb kena cahaya pn boleh menambah sakit. Ada satu pendapat atau teori, mana2 org bujang yg selalu kena migrain kena cepat2 kahwin. InsyaAllah akan berkurangan.Tapi migrain akan berkurang mengikut pertambahan usia kita.

WanFadhilah said...

dah lama dah jgk sya tak kena migrain. klu kat skolah dulu, selalu jgk sakit2 kepala. dekat u pun kurang dapat migrain. dan skrng, alhamdulillah, dah lama dh tak datang.

apa2pun, semoga akak cepat sembuh. kdng2 tekanan kerja pun boleh jadi migrain jgk. jadi relax2 skit ye!

selamat berpuasa :D

alinac lover said...

yong xthn kalo migrain

ieda said...

aloor ciannya wan .. x per2 dah makan ubat tuu hope should be ok today .. :)

eelobor said...

Betul lah kakchik, saing2 ambo pom ghama hok migrain, cuma makan ubat penahan sakit jer lah

Ayuni said...

klau migrain, tido je....

~izan~ said...

cian akak..semoga akak cepat sembuh tau.kalau dah migrain,apa pun tak bley buat,semua rasa hangin je huhu...

Zue AnnaLeeya said...

saya xde migrain nih...
haishhh... mtk dijauhkn...

smoga kak wan spt sembuh yer...
rehat ckup2 k.....

Izan Ishak said...

izan penah dgr kawan kalau kena migrain mmg sampai takleh buat keje...

moga kak wan cepat sembuh ye! rehat kena cukup tau~