Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, August 13, 2011

Larangan Bacaan Kuat Selain Azan Di Pembesar Suara..

Salam 'alaikum..

Mesti dah tau isu ni kan? Rasa semalam macam kecoh semacam je. Kat twitter siap ada yang mengutuk pihak2 tertentu kerana berdiam diri. Siap sumpah seranah lagi..huhu. Kat sekolah KH semalam pun bising bilik guru sebab depa duk bincang pasal ni.. Kecoh-kecoh..

Kemudian ada sorang rakan sekerja KH mengiakan. Memang pada zaman Rasulullah SAW, baginda melarang menguatkan atau meninggi bacaan Al-Quran kerana ia mengganggu orang lain yang juga sedang beribadat. Sebab katanya, pada waktu sebelum Subuh masih ramai lagi hamba Allah yang sedang khusyuk beribadat mengerjakan solat-solat sunat. Jadi, ini mengganggu mereka.

Kalau melihat kepada apa yang diutara kan memang logik la kan. (Sila jangan melenting dengan pendapat di atas..huhu).. Memang betul kita perlu peka dan prihatin dengan isu yang dianggap mencemarkan kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi pada pendapat KH, sikap perihatin 'yang melampau' sampai mencaci dan menyumpah sana sini ini merupakan tindakan yang tidak berilmu.

Sebelum mengeluarkan kenyataan kat mana-mana laman sosial, ada baiknya mencari tahu bukti-bukti kukuh atau dalil-dalil yang boleh diterima pakai. Ada yang hanya baca tajuk akhbar je kot then melenting tak tentu pasal. Sampaikan isu dah jadi lain. 

Larangan yang dimaksudkan adalah bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara. Betul tak? Tapi KH buat tinjauan kat beberapa laman, ramai yang faham termasuk azan sekali. Sampaikan ada yang mengamuk marah kenapa azan tak boleh nak dilaungkan..huhu baca faham-faham dulu then baru la komen ke pe..jangan baca sekerat je. Tu yang timbul salah faham tu. Sampai ada yang kutuk parti politik yang mendukung 'Islam' menikus saja tak ambil tindakan sewajarnya.. (Diriku bukan berpihak mana2 parti politik yew..peace!)

KH taknak ulas panjang-panjang.. Isu ni panas sangat. Cakap lebih-lebih kang blog ku ni kena bako lak..huhuhu

Meh kita tengok apa kata Dr. MAZA kat -------->> SINI

Ini pendapat Dr. MAZA..KH nak cari gali lagi pendapat2 ulama2 lain yang rojih (tepat, betul, kukuh). Kalau ada nanti KH share kat sini. InsyaAllah..

Apa kata anda? (Ada yang takut nak komen tuuuu..hehe)



5 comments:

JIJI YU said...

nak beribadat jangan sampai mengganggu ketenteraman awam..

Kalamhati said...

>>Jiji:
betul ostad jiji..mekasih

exora said...

biasa la org2 kita skrg..dlm isu apa sklipun tgu ms nk kutuk org jer...
faham la dulu btul2 apa isunyer..

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmmm btul tu kak, kt kampung nina, pukul 5am tu kdag pase doh ore dok mengaji, kalu jelas xpo ni bunyi supo lalat hijau, bukn nk menghina tapi agak2 la nk pasang pun... kalu ore hok ado anok kecik tu, ore sakit tahap teruk, dgr ore mengaji suara gitu lgi sakit hati...

Kakzakie said...

Kecoh sana-sini memperkatakan isu ini. Bila berhadapan ini semua yg punya fahaman politik berbeza mulalah bertelagah menuding jari siapa salah dan siapa betul...

Islam punya sandaran kukuh berlandaskan alquran dan hadith. Hingga hal org bukan Islam pun ada yg harbi dan zimmi. Kita kena berhati-hati...