Salam 'alaikum...
Saat ini telinga ni dapat mendengar dengan jelas, butir-butir kata dari corong pembesar suara yang datang dari arah surau SM Sains berdekatan dgn kuarters KH.
Mungkin suara tu milik warden asrama ataupun ustaz yang bertugas. Bunyi macam bebelan ataupun ayat sopan sikit 'kata2 teguran' untuk anak-anak didik.
Teguran mengenai sikap ataupun adab ketika di dewan makan petang tadi. Mungkin ada pelajar yang tidak menghormati rezeki di hadapan mereka.
Teguran kedua mengenai waktu belajar atau prep kot. Ada yang sambil lewa saja dan tidak menggunakan masa yang ada untuk konsentret belajar kot. "Belajar ni adalah sesuatu yang bukan main atau suka-suka. Kita menggunakan lebih 50% daripada otak kita..Dan kita menggunakan 90% dariapda tenaga kita. Lebih penat dari berlari. Lebih penat dari bersukan..blablablabla..Selagi kita belajar kita akan berada di bawah rahmat Allah..kita sedang berjihad di jalan Allah. Berjuang untuk sebuah kejayaan..blablablabla.."
Hmm tiba-tiba rasa rindu nak dengar nasihat-nasihat dan teguran sebegini. Ada orang yang ingatkan kita..tegur kita bila kita buat salah. Seingat diriku, bila dah masuk U, dah jarang dah diri ini dibebel. Even mak ngan ayah pun dah tak marah kita macam masa sekolah dah. Rasa pelik je..
Ingat lagi masa duk U, kalau buat salah ke pe..tunggu je mak or kakak2 dan abang2 marah..tp none ado. Kalau tegur pun lebih kepada perbincangan. Memang dorang tengok kita dah besar, tp kita rasa kita kecik lagi dan perlu dibebel..huhu
Jeles dengan dak2 asrama sebelah ni! Rasa nak je gi tumpang kena bebel sekali. Supaya bersih sikit pala otak..hehe. Sebab hanya dengan teguran dan peringatan kita akan sedar diri kita, di mana kita berada. Di landasan yang benarkah? Atau di landasan yang salahkah?
Jeles dengan dorang ni, dapat solat berjemaah, tadaarus bersama, solat hajat berjemaah, Qiyamullail. Hati sentiasa dijaga agar dekat dengan Allah. (Tapi ramai yang bila dah masuk U, dah tinggalkan solat jemaah ni kan?hehe dgn alasan biziiiii..ye dak?)
Korang yang dah abis belaja..yang dah keje..jeles tak tengok mereka yang belaja ni?Kalau diriku memang jelessss!! jeless!! (err bebawak besabo cik KH..bersepai lak laptop ni kan duk terajang dia)
Tapi itulah putaran hidup kita kan? Masa tak dapat diundur..Kita hanya mampu menoleh ke belakang melihat saat yang kita rindukan tu. Namun, untukku kembali ke situ, tiada kesempatan lagi. Yang ada hanyalah sisa-sisa perjalanan yang perlu kita habiskan. Agar sampai ke garisan penamat dengan jayanya.
Ayuh kita terus melangkah!Mencari dan meraih cinta Pemilik Sekelian Alam ini..Semoga pengakhiran kita ''Husnul Khatimah" (pengakhiran yang baik)..InsyaAllah
11 comments:
aikk...rindu nk dgr momelan insan2 tersyg eh..kita kan cikgu..dok ngomel sokmo doh..hehe
tapi mmg betul..setiap yg dgr walau dianggap sebagai bebelan itu adalah utk kebaikan sbenarnya..
eh cik kh..awk tu sampai da amek master.. nk smbg lg? cuba la klu awk rse nk dgr bebelan yg sebenar dr che semah.. hihihi..
jom raya nnt wat tahlil.. dah lama umah kita tu x wat tahlil n solat jemaah kt rumah kan3????
p/s:br saya tahu awak jeles tgk saya blaja.. :p
Dulu kalau kena ceramah macam memang bengang je. Cukup tak suka. Tapi sekarang rasa tak best sebab takde orang nak tegur dan peringatkan kita. Rindu sangat dengan para guru. Kerana mereka saya berada di tahap ini.
>>mama sarah-najwan:
hehe bebel ko budok2 sokmo doh..puah doh..hehe
btul tu..kalu takdok org tego..hanyut kita..memang desing je telinga tp ada kesan sikit sebyk kpd kita..
>>eyeme:
hehe i plan nk smbung kt obersea la..amik PhD lak.Mood nk blaja membuak2 ni..hehe nk kawin takdok org nak masuk meminang..hahaha
ok gak tu..memang lama dah tak jemaah sama2..nnt i propose kat deme2..
woitt!tak jeles puun..haha tp i suka uia..nk sambung kt uia je la..hehe
>>Kak Sam:
btul tu kak..
sy paling ingat bebelan guru2..dr pujian.
smpi skang pun masih igt cmana kena marah n denda dgn cikgu.. takkan lupakan jasa2 dorang
begitulah lumrah kehidupan, bila kita sudah merasai "kehilangan" baru kita akan terasa rindu dan betapa berharganya apa yang telah berlalu
betul spt kata eelobor, semasa ada kita kurang menghargai bila hilang baru kita terasa rugi...
>>eelobor:
hmm btol tu..
>>sudais:
btul tu..itulah sifat kita manusia..alpa dan leka..bilang hilang di mata..baru terasa
sekaramg kita plak yang mengeur kak oiii
>>Imanshah:
btul tu dik oii..tp nak jugak org tegur kita..hehe
Post a Comment