Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, July 23, 2011

Sembang-sembang Intim..

Salam 'alaikum..

Eh!bukan nak ajak sembang benda tak pekdah ke apa ni.. no no nooo! Juz nak share tentang Program Sembang-sembang Intim yang telah diadakan kat sekolahku ari tu. Program ni dianjurkan oleh Intimate..Sebab tu la dinamakan 'Sembang-sembang Intim' sebab bukan untuk semua murid. Untuk murid Tahun 5 & 6 saja. Dan bukan untuk murid LELAKI..untuk murid PEREMPUAN sajo..

Program-program sebegini memang setiap tahun dibuat untuk memberi pendedahan kepada murid perempuan tentang haid dan peringkat umur baligh mereka. Kebiasaannya pihak hospital yang akan datang bagi ceramah pasal ni. Tapi tahun berbeza sikit sebab dapat tajaan dari Intimate. So dapat la dorang 'barang' free..hehe sambil promote products dorang la gak ni.

Tolong jangan CEMAS!!hehe..Tekun je murid-murid perempuan ni dengar penerangan..
Ye la, ramai yang masih belum tau sangat lagi pasal menstrual ni..


PMS! Ini penting ni..Cikgu pun syok mendengar ni..hehe

Before program ni mula, KH tengah ngaja kelas sebelah dewan ni. Tiba-tiba Guru Penolong Kanan datang minta murid-murid perempuan beratur di luar kelas dan berjalan ke dewan.

Haa apalagi, kecoh la murid2 lelaki duk nanya.. 'Cikgu!dorang nak buat apa?'...'Nape budak perempuan je pegi?'..'Misi datang nak cucuk lagi ke?'.. hahahadeh kecoh la dorang ni. KH juz bagitau cikgu ada nak cakap sikit dengan murid-murid perempuan pasal kebersihan. 'kitorang takde ke?'..'Adee..nanti ustaz akan buat utk korang lak'

Baru je nak bukak mulut sambung ngaja, sorang lagi mencelah 'nape dorang tutup pintu dan tingkap cikgu?'..haa?susah btoi la bebudak nih..ku jawab, 'dorang nak check rambut, telinga dan kuku semua kot..tak tutup kang nanti korang nampak aurat dorang'..hahahah

Sebenarnya program ni tak lengkap lagi..Ada satu program khas akan dibuat lepas UPSR nanti. Program Akil Baligh nama dia. Kertas kerja dah KH siapkan. Ada LDK dan ceramah tentang akil baligh sekali. Nak bagi pendedahan dan penerangan sejelas-jelasnya kepada dorang ni.

Akan ada LDK khas untuk cara bersuci dari hadas atau ayat senang macamana nak mandi wajib. Masa ni, fasilitator yang terdiri dari kami ustaz dan ustazah akan tunjuk cara bagaimana nak mandi wajib. Memang kena terangkan walaupun susah..Bukan cikgu yang malu, dorang yang akan tersipu2 malu. KH memang suruh dorang tunjuk ataupun terangkan sorang2. Nak tengok kefahaman dorang. 

Sebab bila dah besar, malu lak nak tanya orang. Baik peringkat awal ni mereka dah faham dan tahu. Kalau buat amali kat cikgu-cikgu pun rasanya ada yang tak sempurna lagi mandi kot..hehe tu bukan KH cakap. Tu petik dari kata-kata seloroh dr seorang rakan ustazah yang senior.

Emm bila fikir2 maybe jugak. Ke ada yang kat sini masih samar-samar? Nak tolong ajarkan ni..betul ni.tak tipu.. Fardhu ain ni. Kena faham sejelas-jelasnya. Kalu tidak selamanya anda berada dalam hadas.

Kalau malu bertanya, rujuk mana buku atau website pasal ni k.. Sama-sama kita berpesan..=)

4 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

salam akak...

tu la anak skrg ni dtg uzur cpt...kena bg pendedahan kan?

Kalamhati said...

>>LM:

salam adik..

ha'ah tu la..yg drjh 5 pun ramai dah dtg peroid tp tak diajar oleh mak dorang cara mandi yg betul..huhu

nazira said...

Patutnya kne gabung pelajar darjah 4 sekali..hu3..

http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

ariana's said...

Baik sgt program ni..bagi pendedahan pada anak2. Ramai yg masih tak begitu arif lagipun bab agama x boleh malu2 dan di pandang ringan..