Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, July 11, 2011

FACIAL TREATMENT..

Salam 'alaikum...

Tajuk je omputih..hehe. Content in Malay je u! Tulih omputih kang uolls tak faham pulak sebab ayat omputih KH tinggi sangat..ekekeke

Hari ni sebenarnya sekolah KH cuti. Den tak sekolah harini!Sila jangan jeles ye wahai cikgu2 yang kena pi sekolah hari ni especially Mama Sarah-Najwan dengan Jaja..hik!

Cuti-cuti pun idak ler duk kat umah je..Kebetulan hari ni ada date appointment dengan seorang doktor ni. Last week KH pegi klinik sebab sakit kepala dan belakang. Then doktor tu asik duk perhatikan mukaku yang comel memang ada masalah. Kulit muka KH macam kasar sikit dan pori-pori kulit pun agak besar sikit. So doktor tu macam kesian la tengok. Sebab dia kata kulit KH mesti tak boleh terkena matahari sangat. Dia akan rosakkan lagi kulit i ni.

Macam-macam doktor tanya. Pakai cleanser apa..moituriser apa..ada pakai sunblock ke tak..bla bla bla..Actually KH pakai produk Nano White sekarang ni. So, doktor assume product tu macam tak sesuai untuk kulitku yang mengada-ngada ni..

Sebab semua product kat market mostly spesis 'cosmetical' katanya.. Kulit2 bermasalah mesti pakai product yang more to 'clinical' atau 'pharmaseutical' btol ke heja tu..

Then dia set appointment..suruh datang jumpa dia di cawangan klinik yang satu lagi, dekat dengan EC Mall sebab ubat-ubat dan peralatan rawatan ada kat situ.

So, dengan penuh semangat ku pegi la tadi. Kat kaunter, ku duk perhatikan muka-muka staf klinik tu (sempat lagi tu..wakekeke).. Mak aih licin dan gebis de bass belake. Dalam hatiku, mesti semua dapat ubat dan rawatan free dari doktor tu..hehe

Seriously, ku memang tak tahu langsung yg klinik tu ada rawatan utk  muka. Sebab ku ni kira loyal pesakit klinik tu. Selalu pegi amik ubat migrain. Tapi baru kali ni ku jumpa dengan doktor sorang ni dan dia bersungguh-sungguh suruh ku datang jumpa dia. Dia nak tolong ku..Alhamdulillah.


Rawatan hari ni, buat mechanical peeling..Pakai mesin pe tah untuk buang segala mak nenek yang ada kat kulit muka termasuk la kulit mati, white head dan black head. Sakit sikit je masa dia tenyeh muka tu. Boleh je tahan. Before buat treatment doktor dah amik beberapa pics sebagai testimonial maybe. Before and after dia kata dia akan amik pics.

Before buat, staf dia tunjuk kat kain yang diletak kat mesin tu..Suci mulus bersih putih berseri lagi kain tu. Then lepas treatment dia tunjuk.. Wargghhh!kulit2 mati dan makhluk kaler putih dan hitam melekat kat situ semua dah kena sucked dek mesin tu. Then dia suruh tengok cermin kat sebelah. 

Aik!!Sapa kat dalam cermin tu! Tak kenal la!wakekeke perasan betul. Ingat boleh elok terus ke?!..Tapi serius cakap memang kulit jauh lebih cerah dari sebelum buat tadi. Happy! (Tapi dalam hati duk tertanya-tanya berapa la kos treatment ni..tak cukup duit aku ni kang.tak pasal2 kena jaga kuanter klinik lak kang..huhu)

Then, lepas cuci muka. Mukaku disapu dengan vitamin C plak. Yang ni lama sikit. Dalam 30 minit kena tunggu. Boring tahap gaban. Hiburannya cuma dengar doktor duk cakap ngan patients dia je la kat bilik sebelah.

Hantu topeng!hehe..ni tunggu vitamin C tu absorbed

Then, pembantu doktor tu apply kan Sunblock kat muka. Untuk muka KH ni dan sesiapa yang selalu exposed dengan UV kena pakai yg SPF 30++ tau. Tak jalan kalau pakai yang SPF15 yang moituriser biasa yang kita pakai tu. If kita pakai tak ikut amount yang betul maybe kita tak dapat protection fully 15 tu..Maybe hanya 7 saja. Paling-paling pun dapat 2 je SPF dia..tu yang teruk kita kena sunburn tu.

Masa ni la. ku amik peluang borak ngan staf dia. Ada adik tu sorang muka cun abis. Licin je. Dia cakap dia pun buat treatment ngan doktor tu. Masa kena sunburn dia buat, boleh nampak kulit yang menggelupas tu tanggal dan kulit dia ok balik.

Then, doktor bagi cleanser, Sunblock dan cream utk kurangkan minyak kat muka KH. Dalam masa 2 minggu ni KH kena pakai ikut arahan doktor. Sunblok tu kena pakai tebal sikit. Dia berminyak sikit tapi elok utk pritect kulit muka.


Nilah ketiga benda alah tu. Dan satu lagi doktor bagi antibiotik sebab muka KH bila kena panas, bahagian pipi tu akan jadi merah macam iritation gitu.

Next 2 weeks, ada appointment lagi. Nanti kena buat chemical peeling lak. Yang ni makan masa sikit. Dalam 3 hingga 4 bulan baru nampak kesan. Tapi ia untuk long term. Tak macam mechanical peeling. kesan boleh nampak terus tapi sekejap je.

So, nak tahu berapa kos rawatan?hehehe.. Dalam RM250 after discount. Cleanser dia tu tak la mahal sangat dalam RM40. Boleh la guna. Dari pakai product yang tak sesuai pada kulit yang buat kulit jadi dry.

Sekian..Dah macam doktor dah pulak..hahaha

Korang ada masalah tak dengan kulit muka?


20 comments:

Unknown said...

angkat tangan tinggi2

punyalah feel nak tahu.ku baca sebutir2..

cer jawab....
nie hospital kerajaan ker?

Niena Muhammad said...

erm.. best nye wt treatmnt, dlu niena suka sgt..muka niena ni jdi merah2 klo pkai bnda yg bukan2.. sensitip, klo bleh nk betulkan muka ni sblum mess nigh nnti..

Eyeme said...

wah! kalau say adh keje, mau pegi jugak la. tnye doktor tu, klu pakai aqua source okey x? like biotherm..

i x pakai yg mcm zahiah tu dah.. i pakai t.a tau..hihihi

IMANSHAH said...

kupakai bedak sejuk je

Kalamhati said...

>>Ayu:
bukan hospital kerajaan ayu..ni poliklinik..tp cawangan dia byk kt kuantan ni..cuma yg dkat town je yg ada treatment ni.

mahal sikit tp berbaloi rasanya sebab boleh consult ngan doktor kan

Kalamhati said...

>>Niena:
niena bleh consult skin specialist tp mahal la kos dia..sebab kena btul2 cari product yg sesuai dgn kulit kita kan

Kalamhati said...

>>eyeme:
hehe keje dulu simpan duit byk2..
nnt i tanya..tp doc cakap kebanyakan product kt pasaran jenis kosmetikal even SK11 pun..

biotherm rasanya clinical jugak kan

dia bg i pakai moituriser tu yg i pakai tu, tp dia suruh pakai sunblok dia pulak lepas pakai moituriser tu..

Kalamhati said...

>>Imanshah:
hehe ambo pakai jugop..tp bedak sejuk tu tak cukup utk buang kulit mati keno tenyeh nga mesen jugop..hehe

Scha406 said...

muka sha sesuai pakai facial mask dr clay...so sha pakai himalaya facial mask..terbaeikk!

Kalamhati said...

>>sha:
ye ke sha..dah sesuai ngan muka sha ok dah tu..

akak penah pakai syampu himalaya..mmg terbaik!rambut jadi lebat dan sihat je

Zue AnnaLeeya said...

acu terai royak gak klenek mano nih???
nok terai tanyo etek..
jeles wei asik muko ore jah hok putih leput..
kito nok putih etek... hehehe...

sarah-najwan said...

ooo..sronok dio..cti skoloh gi wat trekmen..jaja cti gok tau...huhu

serius bgtau..akak xpenah buat facial gtu..mklum la kulit ai..gebu gebas..wakakakakkaka..byk la gebus begasnye..gebeh2 buoh manggis ada la..huhu

kulit muka akak agk ok..cuma xok..warna dia..wakakakaa..tapi akak syukur byk2 sb xde mslh jerawet tu..heheh

yg penting akak perasan..akak cun..aci tak..huahuahua..

pstt>>>>jgn dilayan komen merapu sb baru blik xtra class edisi malem!!!

Kalamhati said...

>>zue:
hehe poliklinik ar-Razi dekat malay town tu..doktor dia nama dr fahmi..gi klinik tu zue royak la nak buat facial treament..

tok kenal doh la jupo pahni..pakat putih leput blakow weh!hahaha

Kalamhati said...

>>mama sarah-najwan:
hahaha ado oghe masuk masuk bakul angkat sdiri weh!..tp mmg kulit akak ok jah..awet mudo lagi tu

dekki ambo tgk..licin jah..hehe

hehe merapu koksir kokdam ni bokte mabuk ilmu la kot ni..haha

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe pernah buat facial muka sekali je..en hubby hadiahkan..hehe

☾SHiemaCMa786☾ said...

wow.. g treatment you..
pas ni,mesti bertambah gebuss kulit muka kak kh...

dalisha said...

wah.. bagusnya doc tu..
--
Nak kongsi info kat sini VIRGIN COCONUT OIL - Supplement untuk kesihatan luar dan dalam -100% sumber semulajadi-Tanpa bahan kimia

Anonymous said...

salam...kepada sesiapa yang mengalami masalah dlm penjagaan kulit muka seperti jerawat, radang kulit, jeragat dan kulit sensitif sy mengesyorkan anda menggunakan Produk Aqura Sabun Energy hanya RM 10 sahaja...ramai tlh mggunakan produk ini...InsyaALLAH ia akn dpt bantu anda...

jika anda inginkan maklumat lanjut boleh hubungi En. Ahmad ( 012-5447747 )/ En. Ismail (014-5550554) dan anda juga boleh melayari website kami https://sites.google.com/site/fyzulbizsite/

Unknown said...

Slm..tmpang taye..clinic tu wat treatment x tuk jeragat...

Unknown said...

Slm..tmpang taye..clinic tu wat treatment x tuk jeragat...