Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 10, 2011

Bila Izrail Datang Memanggil..Salam Takziah..=(

Salam 'alaikum..

Pagi tadi telah berlangsung Acara Jogathon peringkat daerah kat sekolah KH.. InsyaAllah KH akan kongsikan perjalanan program tu nanti..

Masih lagi sedih dan terkejut dengan berita yang baru KH terima.. Abah kepada rakan sejawat KH telah kembali ke rahmatullah tadi. Dia pergi mengejut. Hanya sakit dada dan dibawa ke hospital. Kemudian menghembuskan nafas terakhir di sana. Pergi tanpa menyusahkan sesiapa. Mudahnya pengakhiran arwah. Alhamdulillah.

Baru pagi tadi KH duk curi2 ambik gamba rakan KH tu yg duk leka bercerita dengan beberapa orang rakan lain. Bersungguh-sungguh dia bercerita.. dia memang suka berseloroh..Hari ni nampak kegembiraan di wajah beliau kerana hari ni merupakan hari lahir beliau..Banyak kali dia duk ulang yang hari ni hari lahir dia..

Tarikh keramat..Hari yang akan beliau kenang sampai bila-bila..Bagusnya aturan Allah. Besar hikmahnya.Semoga beliau tabah menghadapi ujian ini..

Salam takziah buat Sue..Semoga almarhum ayahanda Sue dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman..Amin

Perjalanannya sudah tamat..Dengan husnul khatimah.. Bagaimana dengan kita yang tinggal. Yang masih ada urusan kita dengan dunia ini? Semoga pengakhiran kita nanti juga adalah Husnul Khatimah..InsyaAllah


7 comments:

sarah-najwan said...

al fatihah..semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg soleh...

teratai said...

al fatihah untuk arwah...semoga ditempatkan bersama2 org yg b'iman n b'taqwa. Sesungguhnya kedatangan izrail tidak terlewat atau tercepat w/p sesaat!Bila dah sampai masa,dah tentu tiba ketikanya sebab yg hidup pasti akan pergi jua...salam takziah utk kawan KH

Sunah Sakura said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.. takziah buat keluarga kawan akak.. moga mereka tabah...

Unknown said...

al fatihah utk ayah sue

PS; cikgu... nenek ayu meninggal masa hari ulang tahun kelahiran ayah ayu ke 37.. pada 16 disember..
skrang dah ayah dah berusia 57 tahun

kerap ayu dengar ayah/ibu meninggal semasa tarikh kelahiran anak2.. mungkin secara kebetetulan..

semoga family sue tabah, semoga arwah dipermudahkan urusan ke sana..
amin

IMANSHAH said...

salam takziah, ceritanya seperti arwah ayah saya

senyumSOYA said...

innalillah..semoga arwah ditempat dikalangan yang beriman..alfatihah..

ingin pengakhiran yang baik..insyaALLAH~

Nur Hawa Mohd Zin said...

takziah kak..semoga roh arwah dicucuri rahmat