Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, June 12, 2011

LAYANAN ISTERI TAAT SAMA DENGAN PELACUR KELAS PERTAMA?CEMANA TUH?

Tidak Wajar Samakan Isteri Taat Dengan Pelacur Kelas Pertama - Mufti Kelantan
KOTA BAHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.
"Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu," katanya kepada Bernama, di sini Ahad.
Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'.
Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan "biadap dan celupar".
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tangungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.
"Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama.
"Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak," katanya.
Sebaiknya kalau beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.
Ini kerana kata beliau, pemimpin keluarga yang baik akan berupaya membentuk isteri yang taat padanya. - BERNAMA
sumber: mStar Online
---------------------------------------------

KH: Tanak komen pjg2..org yang lebih berhak sudah bersuara..Layanan isteri kepada suami adalah atas tanggungjawab dan merupakan ibadah..Pahalanya sangat besar di sisi Allah..Pelacur Kelas Pertama melayan atas dasar duit..Aiyya!tak boleh samakan..tho nak bandingkan pun kena cari contoh lain..Banyak lagi kisah2 para sahabat zaman Rasulullah yang boleh diteladani..


Apa kata anda?

18 comments:

Nur Hawa Mohd Zin said...

awe pernah kuarkan artikel tu kat entri...mmg tak patt..dah la yang cakap tu perempuan

aizamia3 said...

jangan menjatuhkan maruah isteri sebegitu sekali..

Student uniSZA said...

ouh , mmg sangat tidak relevan di situ ...

Unknown said...

dah 5 hari kes nir berpanjangan,.
sangat mendukacitakan kaum isteri..

teratai said...

ikatan suami-isteri adalah sah,kenapa diagung2kan hubungan yg haram!

~izan~ said...

izan ada baca ni,lama dah rasanya.. term yg digunakan tu sgt tak sesuai..nak cakap mcm tak pk je,tp yg tukang cakap tu rasanya bijak pandai dah tu..aduhaiii...

norgee said...

mungin sbb dia pernah tengok camne layanan pelacur kelas atasan layan lelaki..pasal tu laa dia bg contoh gitu! hehe ~ nonsense! Islam agama sempurna...tiap urusan manusia ni ada petunjuk dan pedomannya...hatta ke urusan dalam bilik tidur...wallahua`lam :)

1 said...

knp tidak diwujudkan kelab isteri solehah..
bljr agama sebaik mgkin, insyaAllah akan sempurna dalam segala hal.

sekadar brfikiran positif, mgkin maksudnya baik tp istilah itu sgt menyinggung perasaan masyarakat.. apa yg jelas isi, uslub dan wasilahnya salah..ish..ish..

Scha406 said...

org yg menyamatarafkan antara peranan isteri dan pelacur adalah keji.....sekian, maceh!

hihi

nuriz said...

pangkat dia Dr tapi cakap tak pakai otak cam ne tu?

dia ni pompuan jugak tapi tuju kat kaum dia sendiri

letak title macam tu pulak..kurang ilmu agama kot ni

ke dia penah tau dan rasa cemana jadi pelacur kelas atasan?

sarah-najwan said...

huhu..sebab seme org tau maksud "pelacur" itu..mana boleh sama ngan taraf sebagai "isteri"

layanan isteri terhdp suami meliputi byk hal...bukan hanya di tempat tidur shj..

Tinta Emas said...

mcmne layanan pelacur kelas pertama tu????

hebat sangatkah sampai nak disamakan dengan isteri yang taat?

sedangkan pelacur kelas pertama tu tak pernah taat pada seseorang lelaki???

ISZA said...

malas nak ulas juga. alhamdulillah yang lebih layak tampil membuat ulasan..

☾SHiemaCMa786☾ said...

jatuh maruah seorg isteri..

sud@is said...

memang x patut langsung,,cakapnya serupa x sekolah.....

YanaHime said...

tak paham kenapa nak buat mcm tu...hal suami isteri kan rahsia rumahtangga...layanan kelas pertama ke kedua ke itu hak masing2...

msredcheesecake said...

CIK KH,
TAMAU JADI PELACUR KELAS ATASAN UNTUK SUAMI TERCHENTA...KELAB NI PELIK LA....

IMANSHAH said...

dengor tu wahai isteri