Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, June 2, 2011

HATI YANG SELALU MUDA...

Hadith:
DARI Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda: "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda."
Riwayat Muslim
Huraian Hadith:
Kehidupan ini akan menjadi indah jika kita sentiasa bersemangat untuk meneruskan hayat. Dengan perkataan lain apabila semakin tua usia kita, jiwa kita semakin muda.
Tetapi muda di sini bukanlah bermaksud menganggap kematian itu masih jauh sehingga tidak kenal erti taubat dan tidak habis-habis melakukan maksiat yang walaupun usia sudah lanjut, 'rumah kata pergi, kubur kata mari', masih juga bergelumang dengan dosa.
Hal yang demikian ini merupakan suatu yang amat merugikan. Oleh sebab itu kita diminta untuk merebut 5 peluang sebelum tiba 5 rintangan iaitu waktu kaya sebelum miskin, waktu senang sebelum sibuk, waktu sihat sebelum sakit, waktu muda sebelum tua dan waktu hidup sebelum mati.
Maka sebagai insan yang percayakan kedatangan hari kiamat dan kematian itu akan datang pada bila-bila masa, tidak harus menanamkan kecintaan berlebihan terhadap dunia kerana esok sebenarnya bukanlah satu kenyataan.
Bahkan kenyataannya adalah di saat-saat sekarang. Oleh itu jalan yang paling selamat ialah dengan berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu harus berusaha (bekerja) seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya dan beribadat seolah-olah dia akan mati pada esok hari.
------------------------
KH: Jadi sama-sama kita hargai hidup kita ni..Berusahalah selagi kita mampu untuk mencari kesenangan agar senanglah juga untuk kita berbuat kebajikan dan kebaikan jika rezeki kita melimpah ruah..Usaha untuk kesenangan di dunia dan untuk bekal ke akhirat..Baru jiwa kita sentiasa sihat dan bertenaga..Jangan pegang prinsip ''ulat dalam batu pun boleh hidup" ye..hehe
Sumber: mStar Online yang dipetik dari JAKIM

12 comments:

caera puttih said...

thanks for sharing ~

Scha406 said...

gud n3..i like...tq kak :)

sarah-najwan said...

betul sgt..jiwa muda ibarat kita bermotivasi utk buat perkara2 yg mendatangkan manfaat kpd kita..agama..bangsa dan negara..

jgn jiwa nuda ke arah keseronokan shj..tanpa memberi sumbangan apa2..

ambo pun sntiasa mudo jugok..hahhaha

dan demo ditagged utk kembali ke zaman muda2 dolo2...sila jawab deh..hehe

http://sarah-najwan.blogspot.com/2011/06/mesin-masa.html

kasihredha said...

jiwa masih muda
tapi badan dah lenguh2.
badan yg mengingatkan yang umur dah meningkat :)

Kalamhati said...

>>caera:
sama2..sharing is caring..rite?=)

Kalamhati said...

>>Sha:
sama2 sha..sekadar memanjangkan ilmu..=)

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
hehe jange koho mudo ke arah nak seronok pulop..nati oghe kato tuo tok seda diri pulop..hehe btul2

whaaa..nnt ambo gi serang blog demo..hehe

Kalamhati said...

>>kasihredha:
huhu at least sakit tu ingatkan kita bahawa kita sudah tua..dekatkan diri kita kepada Allah..=)

Lydia Miza said...

salam sis
adik lum tua sgt.tp lenguh2 la sis..tanda dah tua kot?jiwa punterasa tua dah ni

Solihin Zubir said...

yaaa... jgn terlalu ikut sgt dgn nafsu muda tu..

mati bukannya kira tua atau muda..
bila2 masa saja.. kan..

☾SHiemaCMa786☾ said...

tq 4 sharing kak kh..

sud@is said...

jiwa muda kearah kuat berusaha ok juga jangan jiwa muda sampai lupa diri malu kat anak cucu