Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Friday, April 1, 2011

BURGER DAGING MANUSIA?!

Sanggup tak makan burger daging manusia?huhuuu mesti kita geli geleman dan rasa nak muntah kan?
Tapi kalau kita mengumpat orang rasa sedap je kan?hehe

Sebenarnya tajuk ni Kalamhati ambil dari majalah Solusi, Isu No. 30..Masa free kat sekolah pagi tadi sempat la belek-belek sekejap majalah ni..Memang setiap bulan beli dari cikgu sekolah yang jual..Jimat la 50 sen..


Ilmu yang bermanfaat elok dikongsikan?Sekurang-kurangnya jadi peringatan bersama. Bab mengumpat orang ni kadang-kadang kita tak perasan yang kita dah mengata orang lain..

Menurut majalah ni, mengumpat ialah perbuatan menyebut sesuatu yang memang benar-benar wujud (berlaku) tentang seseorang yang sekiranya ia mengetahuinya, ia pasti akan marah. 

Ketika peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah SAW diperlihatkan suatu situasi yang sangat mengerikan iaitu satu kaum yang memiliki kuku daripada tembaga sedang mencakar-cakar wajah dan dada mereka sendiri. Baginda bertanya kepada Jibrail: "Siapakah mereka itu?" Jibrail menjawab: "Mereka ialah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah orang lain." (Riwayat Abu Daud no. 4235)

Maka, para ulama menyimpulkan bahawa hukum megumpat adalah haram dan termasuk dosa besar yang menuntut pelakunya melakukan taubat yang khusus berserta memohon kemaafan daripada orang yang diumpatnya..

Jadi, kalau taknak makan burger daging manusia tuu..moh ler kita stop mengumpat..Sikit pun elakkan..Mendengar orang mengumpat pun kita kena elakkan..

Semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah untuk menghindarkan diri dari mengumpat dan mendengar orang mengumpat..

**Untuk tahu lebih lanjut, boleh dapatkan majalah Solusi isu no.30 ye..Banyak kupasan ilmu yang boleh kita jadikan panduan dan peringatan.

16 comments:

Nieza said...

ya Allah minta dijauhi la umpat mengumpat ni kan....semoga kita sentiasa dirahmati Allah..tq sharing yer..:)

Solihin Zubir said...

mengumpat.. perkara yg kita slalu buat tnpa kita sedari bila berborak bersama rakan2..

nauzubillah..

sarah-najwan said...

jika boleh mmg nak elakkan dr mengumpat..bercerita ttg org lain..

semoga kita semua terpelihara dr perbuatan ini..

alinac lover said...

errr..xnk2~ T_T

Rina Rossoneri said...

oh,ingatkan betul2 ada jual burger manusia..heheh

DKosongLapan said...

cik Kalamhati....
mase mengumpat tu bukannye demo sedo dighi....
maklomle tengah best mengate oghang..... agak2nye udah banyak mane le oghang yang deme makan ye???

Citarasa Rinduan said...

subhanallah...
takut sangat,

haraplah ayu tak buat sikap tu..

eelobor said...

terima kasih kakchik. kongsi jer apa jua ilmu agama nih. bagus untuk saling ingat mengingati. kekadang ramai yang kata kaum pompuan suka pot-pet, tetapi apa kurangnya ngan orang lelaki kan? huhuhuhu

peringatan untuk diri saya juga nih.

Cikgu CTE said...

sebenarnya kerja dengan org ramai memang tak lari dari mengumpat sikit...

lebih2 lagi kalau kat sekolah...

kalau kita berbincang tentang kejahatan pelajar dlm kelas tu, dikira mengumpat juga ke????

afzan said...

banyak membaca kelak penuh ilmu di dada :)
aku, dia & lensa

eiela said...

mengumpat nih kadang-kadang berlaku tanpa kita sedari. dalam penulisan blog jugak berlaku perkara mengumpat nih biarpun bukan secara lisannya.

Latest Entri :
Takdir Terindah

Kalamhati said...

>>Nieza:
sama2..kita saling ingat mengingati...=)


>>Solihin:
betul tu solihin..akak pun kadang2 tak sedar..huhu
semoga Allah sentiasa sedarkan kita

Kalamhati said...

>>Ummi sarah-najwan:
mudah2an kita terpelihara..

>>Yong:
huhu taknak gak


>>Rina:
huhu kalu ada mmg pengsan..


>>D08:
huhu banyak dah kot..awok ni pun kadang2 tak dpt hindarkan diri dr mendengor org duk ngumpat..huhu

Kalamhati said...

>>Sis Ayu:
huhu mudah2an kita dpt hindari dr dosa ni

>>eelobor:
sama2..betul tu tak kira pompuan ke lelaki..sama je belako sbenarnya..kena sama2 beringat

>>Cikgu CTE:
mengikut yg sy baca ada mengumpat yg diharuskan..bila kita bercakap pasal kejahatan atau benda yg elok yg perlu dicakap utk membetulkan..

macam kes kat sekolah..bila kita bercerita kepada rakan2 ttg murid2 rasanya tu sbb kita nak betulkan kan

Kalamhati said...

>>Afzan:
insyaAllah..mudah2an ilmu kita bertambah

>>eiela:
betul tu..huhu yg penting kita kena sentiasa beringat

whitecappuccino said...

kadang secara tak sedar termengumpat..huhuhu..takot!!