Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, April 2, 2011

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH SERI BAYU..


PETALING JAYA: Penulis lirik Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik, 47, (gambar) meninggal dunia di Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan akibat penyakit saraf.
Seri Bayu meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam Sabtu selepas dimasukkan ke hospital itu Jumaat.
Anak angkatnya Sarina Abd Ghani, 29, yang dihubungi mStar Online memberitahu Allahyarham semakin tenat sejak beberapa hari lalu dan di masukkan ke hospital apabila keadaannya semakin kritikal.
"Semalam (Jumaat) keadaan dia semakin teruk menyebabkan kami terpaksa membawanya ke hospital," katanya.
Menurut Sarina, keluarga termasuk ibu bekas isteri serta anak-anaknya tidak dapat dihubungi bagi memaklumkan hal berkenaan.
Katanya jenazah dijadual akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 12 Tok Pelanduk, Port Dickson selepas solat Zohor.
Seri Bayu yang pernah menghasilkan lirik Cintaku Muzik Di Hatimu nyanyian Anita Sarawak pernah berkahwin sebelum ini termasuk dengan penyanyi Erema.
Bagaimanapun Erema menuntut cerai daripadanya pada tahun 2008 dan kes berkenaan masih lagi berjalan di mahkamah berikutan Seri Bayu enggan melepaskan isterinya itu.
**Sumber: mStar Online

Al-Fatihah..Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Terhentilah sudah tanggungjawab dunianya..Kembali kepada Penciptanya Yang Maha Berkuasa..Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba Nya yang beriman..Amin

8 comments:

eelobor said...

Al-Fatihah.... dengar gak kat tv tadi

Kalamhati said...

>>eelobor:
amin..ha'ah ada diinform kt tv..

Kalamhati said...

>>Cma:
amin..

Solihin Zubir said...

Al-Fatihah..
smoga arwah ditempatkan bersama org beriman.. amin...

Unknown said...

sedih nya.

Al-Fatihah :(

whitecappuccino said...

Al Fatihah buat arwah

IMANSHAH said...

yang hidup teruskan kehidupan, saatnya pasti tiba!! PASTI

Ann Ishak said...

takziah kepada keluarga allayarham, semoga tabah menghadapi dugaan ni.
AlFatihah