Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, January 22, 2011

Tanpa Ph.D Tidak Bererti Seseorang Tidak Boleh Mengajar Dengan Baik..

Assalamualaikum,
TERINGAT saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.
Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)
Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.
Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.
Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.
Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.
Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.
Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.
Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.
Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."
Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.
Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;
"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"
Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.
Dr Fauziah Mohd Noor
----------------------------------------
Baca artikel ni, teringat pertanyaan kawan-kawan Kalamhati, bila Kalamhati nak ambil Ph.D..Biasanya Kalamhati gelak je..Nak amik Ph.D?Kahwin pun tak lepas lagi..hihi..Dunia perguruan belum iktiraf lagi gred Sarjana pun lagi.. Guru-guru yang ada M.A takde gred gaji khas pun lagi kan..
CEUPACS ada fight pasal ni if tak silap Kalamhati dari beberapa tahun lepas. Mereka minta kenaikan RM300 untuk guru-guru yang ada M.A tapi sampai sekarang senyap je kot.. Dan atas sebab tu la, Kalamhati tak declare pun..Diamkan saja. Biarlah Kalamhati berkhidmat mendidik anak2 kecil tu dari dipinjam untuk berkhidmat di bahagian perkhidmatan.. Takde gaji khas pun takpe, rasa happy dapat buat mereka ni celik ilmu..
Untung juga ada ilmu lebih sikit ni, agak senang untuk Kalamhati faham situation dan permasalahn yang berlaku sebab Kalamhati dah pernah belajar tentang pentadbiran serta pengurusan dalam pendidikan ni..Alhamdulillah..(tho hutang belajar tak abis bayar lagi..hihihi inchik MARA jangan cari Kalamhati selalu ye..=p)


12 comments:

norgee said...

betul tu kak tie,
sblm smbg phd kita kena ada sijil MAMA tu....ada MA je tak lengkap gak kehidupan ni...keh2..

Kalamhati said...

>>Gee:
hehe betul tu gee..kita kena lengkapkan hidup yg tu dulu..MAMA ada doh..PAPA je takdok lg wesss!hahaha

nur easy said...

singgah jalan2. ada benarnya artikel tu kn... ada bahu y berat memikulnya

Kalamhati said...

>>nur easy:
betul tu...byk aspek kena pk dan take into consideration...

Ayuni said...

btul, ader sorg lecturer ader phd tp dier ngajar langsung x phm, last2 rmai org fail, baik lecturer biase je....

Kalamhati said...

>>Ayuni:
terlebih ilmu tu kot sampai tak tau nak guna cemana..hihihi

sarah-najwan said...

nak smbung blaja nih
biat tekad betul2 sb mmg byk kene korbankan..

dgn status ambo..4 anak nih..rasa cam xberdaya doh nok ngaji lagi...otok pun tuo doh..hehehe

tapi ambo percaya gini je..ada degree atau master atau phd ko..jika xaplikasi betul2 xguna jgk..yg penting..niat blaja utk tmbh ilmu agr dpt digunakan utk anak bangsa..

Izan Ishak said...

tak semua org sanggup nak belajar sampai phd kan...kec org yg betul cintakan ilmu~

IMANSHAH said...

huhu

PHD yg satu lagi jagan kejar ye..Perasaan Hasad Dengki

eelobor said...

dah ramai orang kita yang ada PhD deh? hihihii

Miss Yaty said...

kalau ada PHD tapi tak pandai nak aplikasikan dalam pekerjaan susah jugak kan..hurmmm

azieazah said...

Saya selalu baca tulisan-tulisan bernas Dr Fauziah Noor ni di yahoo group SIM (Sahabat Interaktif Malaysia).

Benar, mengajar tanpa sijil pun sebenarnya boleh menjadi tenaga pengajar yang baik.

Dlm skop yg lebih kecil, saya pernah menjadi tenaga pengajar yang berjaya di tempat kerja.

Tapi zaman sekarang, tanpa “paper” orang tak mandangggg...