Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, January 8, 2011

SEMINGGU 2011 MEMBUKA TIRAI-SUDAH 7 KES BUANG BAYI..APA KES??

KUALA LUMPUR: Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.
Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.
"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, Sabtu.
Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.
Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.-BERNAMA
**mStar Online
--------------------------------------
Badan agama dan media massa perlu main peranan?..Di mana peranan ibu bapa dan penjaga?Yang perlu memastikan anak-anak remaja berada di rumah pada waktu2 tertentu dan bukan membiarkan mereka lepas bebas bersama bukan muhrim mereka..

Teringat cerita kawan Kalamhati yang selalu keluar buat serbuan di sekitar Putrajaya apabila ada aduan dari penghuni blok kediaman di situ ataupun ambush mereka yang berdua-duaan selepas jam 12 malam di sekitar Putrajaya..Sampai bila mereka ini perlu bersengkang mata semata-mata untuk menyelamatkan kehormatan anak muda Islam agar tidak terus hanyut.


Kurang didikan agama atau desakan hawa nafsu yang membutakan iman dan akal mereka? Hingga mereka membelakangi maruah keluarga dan harga diri.. Fikir-fikirkan

16 comments:

Rozuan Ismail said...

apa la nak jadi..x kesian ke kat bayi tu..dah pandai buat,tanggung la..dah wat satu dsa nak tambah dsa yang lain..dunia ni memang dah akhir zaman..

p/s jom komen entri baru wan

Kalamhati said...

>>Rozuan:
huhu tu la pasal.menyedihkan..=(

Abhamz said...

salam, nampaknya semakin menjadi2 kes buang bayi ni, dah 7 kes dlm 8 hari tahun 2011...semua perlu menggembeling tenaga bagi mencari satu kaedah penyelesaian bagi fenomena bejatan sosial ni..klu tidak kita takut bala Allah akan turun...

Kalamhati said...

>>Abhamz:
huhu tu yg kita takut..murka Allah..bala lah yg akan menimpa kita..nauzubillah

MAPPIAU said...

hurmmmm kat putrajaya memang tiap2 malam selalu jer ade pasangan kapel kat jambatan2 tuh, memang slalu sampai tengahpagi. padahal bukan ade ape2 pun kat jambatan tuh juz tasik jer pun. ish..

Kalamhati said...

>>Diana:
sesuai untuk tempat memadu kasih tu..huhu
member akak memang selalu kena buat rondaan..kadang2 kul 3 pg tak balik umah lg..tugas punya pasal..

eelobor said...

didikan awal lagi dah longgar....

Kalamhati said...

>>eelobor:
yup..asas yg ditanam tidak kukuh..

sarah-najwan said...

ambo xle tgk kalu ade gmbr bby kene tohok gini..sayu tgk..meruntun hati sengoti..

jika kita tau..rmai hok nikoh xle anok..tok cekak nok usaho utk dpt anok..tapi dgn kes ni???

xpe..demo hok wat saloh ni..akn dihantui dosa spjg hayat demo..

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
huhu meme ambo pun tokleh tgk..meme jatuh airmata kalu tgk

oghe hok nok anok kemain lagi dok..demo sene2 jah tohok..meme zalim sungguh..

betul tu..demo takkan aman sepjg hayat..mesti punya

Citarasa Rinduan said...

tadi ke blog sekamar rindu...
takut dgn gambar tersebut,,seks seperti mkn nasi..
astafirullah,

Kalamhati said...

>>Sis Ayu:
huhu betul tu..mudah bagi dan mudah dapat

nuriz said...

Isu ni tak akan selesai..kenapa le manusia ni begitu kejam

aisYah (", said...

org akhir zmn,,
menyedihkn~ :(
cian bayi2 tu..

Gayahspears said...

hurm.,. tak sangup dgr berita ni...
kalo tak mau anak bg la org yg nak.. kenap buang2 bayi yg tak berdosa lak.. tak ade hati perut lngsung la :( sedihnyer...

Solihin Zubir said...

lagi 9 bulan, brape plak la kes buang bayi yg bakal kita dgar eh..
nauzubillah...