Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, January 5, 2011

Sekolah Plaster?

Kementerian Pelajaran Tidak Wujudkan Sekolah Plaster
RANTAU PANJANG: Kementerian Pelajaran tidak wujudkan sekolah plaster untuk mengelompokkan pelajar bermasalah di sebuah sekolah yang sama, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, isu kewujudan sekolah plaster yang digembar-gemburkan merupakan isu baru yang tidak pernah difikirkan kementerian.
"Kementerian tidak pernah mengeluarkan arahan untuk lakukan perkara sedemikian (tempatkan pelajar bermasalah dalam satu sekolah), bahkan kita juga tidak ada menerima aduan mengenai perkara tersebut, ia mungkin merupakan satu tuduhan sahaja.
"Hakikatnya tiada dalam dasar kementerian untuk letakkan semua pelajar bermasalah dalam satu sekolah, kalau sekolah lain seperti sekolah kluster memang ada, sekolah prestasi tinggi, sekolah amanah tetapi tiada sekolah seumpama itu (sekolah plaster)," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di sekolah terjejas banjir di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan kewujudan sekolah plaster yang menempatkan pelajar-pelajar bermasalah dalam usaha mengekalkan prestasi sekolah-sekolah tertentu.
Pelajar bermasalah merangkumi mereka yang mengalami masalah pembelajaran, pelajar yang dibuang sekolah dan yang tidak mematuhi arahan sekolah.
Punca utama kewujudan sekolah plaster itu didakwa ekoran pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang bersikap pilih kasih terhadap sekolah-sekolah dalam daerah dalam usaha mengambil jalan mudah dan melonjakkan kegemilangan institusi pendidikan terpilih seperti Sekolah Rancangan Khas dan Sekolah Kluster.
Mengulas lanjut Puad berkata, kementerian meminta pihak berkenaan yang menggembar-gemburkan kewujudan sekolah plaster itu agar tampil mengemukakan bukti bagi membantu kementerian menjalankan siasatan sewajarnya.
"Belum ada aduan secara nyata bagaimanapun sekiranya ada aduan, kita harap pihak berkenaan kemukakan bukti dan kita akan membuat siasatan. Kita minta pihak itu tampil ke depan dan nyatakan sekolah mana," katanya. - BERNAMA


mStar Online
----------------------------------------
Toksah la nak asingkan macam ni pulak kot..Andai betul tidak benar baguslah..Sekolah Henry Gurney kan dah ada..Asingkan mereka yang bermasalah ni pulak nantikan lain jadinya..Tak pepasal lak dorang ni lagi buat perangai..


Daripada buat sekolah khas..ada baiknya tambah bilangan kelas kat sekolah2 yang padat sangat murid dalam satu kelas..jadi 20 org je ke satu kelas..barulah efektif sikit P&P..ini sampai 40 sekelas..Memang seksa..huhu


Apa pendapat anda?Setuju ke tidak setuju?

12 comments:

IMANSHAH said...

saya katakan ada sekolh begini

rossoneri said...

malaysia nak buat sekolah ala2 crow zero kahhhh (filem jepun,cuba akak tengok ramai mamat ensem hahaha)

Citarasa Rinduan said...

walau ayu bukan cikgu..bagi ayu sebagai ibubapa wajar dilaksanakan

maklumlah..kes sosial macam air hujan,,
dah lemas dan rimas

Kalamhati said...

>>Imanshah:
ada macam mana?memang wujud walaupun secara tak rasmi ek?


>>rossoneri:
hehe ye ke?yg encem aje dia..hikhik

eelobor said...

sekolah henry gurney bawah seliaan penjara & sekolah tunas bakti bawah seliaan JKM. keduanya hampir sama. dah cukup rasanya.....

Kalamhati said...

>>eelobor:
betul tu..cukup dah..sekolah harapan pun tak perlu kot..huhu

mE said...

plaster??cluster saya tau la..hehe

cikguHani said...

...aaa ler skolah plaster handyplus..baik tambah bilik darjahkannn

Jo Qusary said...

agaknya kalo saya lahir lambat sket, mungkin saya akan termasuk dlm sekolah plaster nie... pergi sekolah dgn plaster di hidung ala otai sekolah jepun...

Kalamhati said...

>>mE:
hehe ni ala2 geng sekolah jepun yg pakai plaster gi skolah ni..haha

Kalamhati said...

>>cikguHani:
hehe betul tu..kalu ngaja kelas yg ada 40 orang tu memang ngan cikgu2 sekali rasa sendat..

Kalamhati said...

>>Jo:
kihkihkih..skang ni bleh wat gak Jo..pegi court pakai plaster kat idung..hehehe