Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, January 8, 2011

PENCARIAN IMAM MUDA MUSIM KEDUA DIPERLUAS..(Saingan kepada peserta dalam negara)

KUALA LUMPUR: Selepas mendapat sambutan menggalakkan, program realiti popular terbitan Astro Oasis, Imam Muda bakal bersiaran untuk musim kedua.
Lebih istimewa ia bukan sahaja membuka peluang kepada peserta dalam negara malah kepada warganegara luar yang berminat.
Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, penyertaan dibuka kepada warganegara luar berikutan permintaan mereka menerusi laman interaksi Imam Muda dan laman sosial Facebook.
“Ramai penonton dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei menyatakan hasrat untuk menyertai program ini. Oleh itu kami telah berbincang dengan pihak Jawi dan menganggap ia sebagai satu cabaran dan persaingan yang baik.
“Selain itu, ia juga terbuka kepada pelajar-pelajar luar negara yang sedang belajar di sini. Bagaimanapun ia bergantung kepada tahap penguasaan Bahasa Malaysia juga sebab kita beri kelebihan kepada yang boleh berbahasa Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Imam Muda musim kedua di Restoran Al-Diafah, Seri Petaling di sini, Khamis.
Majlis turut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dalam pada itu, lokasi uji bakat turut ditambah berbanding musim lalu. Pertambahan lokasi iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.
Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat.
Bagaimanapun mereka turut menerima cabaran baru bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran.
“Modul dan pengisian lama masih dipraktikkan untuk musim ini, tetapi kita akan tambah modul terbaru mengikut cadangan yang bayak dikemukakan penonton pada musim lalu.
“Ia masih berteraskan kitaran kehidupan manusia seperti pendedahan kepada kes buang bayi, perkahwinan dan pengurusan jenazah di samping memperkenalkan beberapa topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam,” kata Izelan.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terus-menerus memberi sokongan dan meneruskan kerjasamanya untuk memantapkan program Imam Muda.
Bagi yang berminat untuk menghadiri sesi uji bakat di jemput hadir ke lokasi-lokasi berikut.
22 –23 Januari 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari 2011: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Kriteria masih lagi seperti musim lepas iaitu lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.
Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam.
Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis bermula 25 April 2011.

3 comments:

eelobor said...

banyakkan program sebegini kan bagus daripada rancangan2 realiti lain yang mengarut tak tentu hala

suri solehah said...
This comment has been removed by the author.
Kalamhati said...

>>eelobor:
betol tu..ari tu tgk Dewi Remaja live..huhu berapa ramai yg jamu mata tengok aurat depa