Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, December 7, 2010

TV Al-Hijrah Luaskan Medium Dakwah Baru


KUALA LUMPUR: Kehadiran TV Al Hijrah, stesen televisyen berunsurkan nilai Islam yang pertama di Malaysia, akan memperluaskan lagi medium dakwah baru yang selari dengan keperluan masa kini, menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pengelola stesen itu.
Stesen itu yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa sempena sambutan Maal Hijrah seharusnya membuka lebih peluang kepada karyawan, seniman dan pengiat seni tanah air, kata Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.
"Harapan Jakim, dengan kerjasama semua pihak dan penglibatan aktif para pendakwah dan penggiat seni, stesen ini akan muncul sebagai sebuah stesen penyiaran Islam terulung di rantau ini," katanya.
TV Al Hijrah boleh diikuti di Lembah Klang melalui saluran UHF CH55 frekuensi MHz 743.25, Terengganu UHF CH41 (631.25 MHz), Johor UHF CH40 (623.25 MHz), Sarawak UHF CH37 (599.25 MHz) dan Sabah UHF CH37 (599.25 MHz).
Wan Mohamad berkata perancangan yang baik dalam memanfaatkan stesen itu mampu memberi kesan dakwah yang besar kepada masyarakat global sekaligus membuka persaingan sihat dalam kalangan media di dalam negara dan menjadi contoh di rantau ini.
"Jakim juga berpandangan pengendali stesen-stesen televisyen dan pihak media di negara ini tidak harus memandang ringan terhadap kuasa penonton yang mampu mempengaruhi kerancakan pasaran dunia penyiaran," katanya.
Wan Mohamad berkata sejak akhir-akhir ini, sensitiviti penonton terhadap genre rancangan yang bercanggah dengan nilai-nilai murni dan kepercayaan agama Islam merupakan petanda bahawa penonton di Malaysia bukanlah mudah disogok dengan bahan-bahan yang tidak berfaedah dan melalaikan.
"Oleh yang demikian, pengendali stesen penyiaran dan penerbit-penerbit rancangan tidak boleh menganggap bahawa hanya rancangan dari barat sahaja mempunyai kualiti dan harus menjadi tanda aras dalam pembikinan rancangan," katanya.
Wan Mohamad berkata TV Al Hijrah akan mengetengahkan imej bercirikan Islam dan mampu menjadi penanda aras sebuah stesen televisyen yang unggul di Malaysia dan rantau ini. - BERNAMA

13 comments:

Ayuni said...

tp kt umah sye xdpt...

Kalamhati said...

>>Ayuni:
kat kampung ni pun tak dpt lg..huhu lama2 nnt menyeluruh la tu liputannya kan..=)

IMANSHAH said...

bandaraya ipoh pun tarakkk~

Kalamhati said...

>>Imanshah:
lum meluaskan lg la ek..Ipoh bandaraya tu..huhu.cemana nak berhjirah tv ni kalu tak dapat.

sarah-najwan said...

xtry search lagi tv nih..hehe

byk kali dgr promo doh..saya nih bab godek2 tv..failed..

Sheherazade said...

hari ni launch :),i like al hijrah tv

eelobor said...

kat dalam astro dah di masukkan ker belum yer?

faizalnizam said...

kalau kat tmpt lain kena tunggu cenel ni masuk astro.. sekarang belum masuk astro lagi.

ISZA said...

sabar menanti..

Slam Maal Hijrah buat Cikgu Wan sekeluarga..

Kalamhati said...

>>ummi sarah-najwan:
lum masuk astro lg kak..tunggu masuk la baru search..hehe

>>Peri Pia:
dapat ek kt tempat awak..gud2..=)

>>eelobor:
astro lum masuk lg..huhu..tunggu kt astro gak ni..

>>Fyzal:
betul tu fyzal..kena sabar menunggu..tak lama rasanya..=)

>>Isza:
sama2 kita tungguuu..

Salam Maal Hijrah utk Chekgu Isza dan family gak..=)

tiefazatie said...

cam xde je lagi nie..hihi...

Kalamhati said...

>>ifa:
hehe blum la tu..kita kena sabaq menungguu..hihi

sud@is said...

oh astro... aku x dapek la nmpaknya