Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, December 9, 2010

SEGMEN CERITA KREATIF..

Ada segmen baru lagi di blog Ben Ashaari..whaa..mesti join!hehe




BICARA HATI (KALAM HATI)

image
Bila merenung kembali masa lalu, betapa kurasakan hidup ini kontang..kering. Ah!hati..kenapa mesti pesimis. Allah kurniakan nikmat yang maha luas untuk setiap makhlukNya. Kembali terubat hati ini. Lalu  kubangkit membina kekuatan diri, melawan arus deras yang membadai diri. Terlontar ke daerah asing ini, buat hatiku semakin kental. 


image
Dan kini, ku berada di daerah yang cukup mendamaikan. Daerah maya ini kurasakan begitu indah sekali. Mereka tidak pernah lokek menghulurkan salam persaudaraan. Yang adakala cukup membuat hati ini tersentuh dengan sapaan lembut lagi mesra. Bagaikan berada di taman kayangan yang dihiasi kehijauan daunan rimbun dan setenang air di tasik. Terima kasih Tuhan atas nikmat iman dan ukhuwah ini. Aku bahagia di sini. 

Sekian.

Fuuh!jenuh gak nak kurangkan seratus perkataan ni..hehe terlajak sampai 160 tadi..hihi

7 comments:

eelobor said...

hahahaha, semua kakchik sapu. asal ade jer segmen mesti masuk

Kalamhati said...

hihihi..ni namo dio takdok kijo..=p

whitecappuccino said...

Baco pun raso damai doh..:)

Citarasa Rinduan said...

cikgu..terbaiklah

ayu suka...

cikgu isza said...

memang krestif..
adus.. otak tengah beku..

rossoneri said...

Gud luck!!

Lulu caldina said...

good luck yer..