Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, November 27, 2010

TIRAI DILABUHKAN..

MEMUKAU...Sekumpulan penari melakukan persembahan luar biasa di atas pentas 
ketika majlis penutupan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China. Temasya empat tahun 
sekali itu berakhir secara rasminya, malam Sabtu. Malaysia menduduki tempat ke-10 
dengan sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa. 
China muncul juara pada edisi kali ini.(mStar Online)



Berakhir sudah Temasya Sukan Asia di Guangzhou, China...Sekarang tengah berlangsung closing ceremony yang penuh gilang-gemilang..Sangat meriah upacara ni..Stage dikelilingi air!sangat menarik sekali!(kelewahan bahasa ni..hehe)

Tahniah buat atlit2 negara yang berjaya mencapai sasaran 9 pingat emas..Sudah cukup membanggakan..sekurang2 menepati sasaran..Kalau dapat lebih lagi baguskan..hehe

Kagum dengan teknik penyalaan obor yang sangat unik sewaktu Opening Ceremony hari itu..Dan sekarang ku tengah saksikan macamana pula upacara memadamkan obor temasya..Begitu dramatik dan simbolik sekali..Pujian harus diberikan kepada negara tuan rumah!Tahniah!


Berikut adalah senarai atlet Malaysia yang menang pingat emas pada Sukan Asia ke-16 di sini:
1. Chai Fong Ying (Wushu - Wanita - Taijijian/Taijiquan)
2. Azizulhasni Awang (Berbasikal - Keirin)
3. Alex Liew dan Aaron Kong (Boling - Pasangan Lelaki)
4. Datuk Nicol Ann David (Skuasy- wanita - individu)
5. Mohd Azlan Iskandar (Skuasy- lelaki - individu)
6. Alex Liew (Boling - All-Events)
7. Ku Jin Keat (Karate - Lelaki - Kata)
8. R. Puvaneswaran (Karate - Lelaki - Bawah 55kg)
9. Pasukan Skuasy Wanita - Nicol David, Sharon Wee, Low Wee Wern, Delia Arnold. -BERNAMA (mStar Online)

6 comments:

liyana mohamad said...

tahniah utk malaysia...!!
Malaysia telah wat yg terbaik kali ni..!!
=)

Lelaki Ini said...

tahniah malaysia!!!!

whitecappuccino said...

salam..tercapai jgk target..tahniah malaysia!

K.Nor said...

salam wan, k.nor pun kagum dgn cara obor dinyalakan tu.. mmg hebat!

rossoneri said...

huuuu dah abesss...oklah tu 9,daripada xdapat langsung

Kalamhati said...

>>liyana:
betul tu..cuma kita sedikit kecewa sbb skuad hoki negara tidak brjaya memahatkan sejarah mendpt pingat emas..namun pujian harus diberi sbb melakar sejarah layak ke final..

>>Lelaki Ini:
Alhamdulillah!..=)

>>whitecappuccino:
tu la..takde la terkilan sgt dok..=)

>>K.Nor:
salam k.nor..agak2 kita mampu tak buat gimmick yg best macam ni?hehe

>>rossoneri:
tu la..tahniah buat kontinjen negara kita..=)