Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, November 7, 2010

JALAN KAKI PUN BOLEH EKSIDEN..HATI-HATI YE..

Tiga Pejalan Kaki Maut Dirempuh Pacuan Empat Roda Di Beluran
BELURAN: Tiga pejalan kaki terbunuh apabila dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas ke tepi jalan di Kilometer 85 Jalan Nangoh-Paitan semalam.
Ketiga-tiga wanita itu yang dikenali sebagai Gagosah Tiopo, 55, Naslia Kamaruddin, 48, dan Emmie Galpam, 22, mati di tempat kejadian.
Mayat mereka dihantar ke Hospital Beluran untuk bedah siasat, kata Pemangku Ketua Polis Beluran Asisten Supritendan (ASP) Zakaria A.Rahim.
Beliau berkata dalam kejadian itu, pemandu kereta pacuan empat roda terbabit dikatakan gagal mengawal keretanya yang dipercayai dipandu laju menyebabkan kenderaan itu terbabas ke tepi jalan lalu merempuh kesemua mangsa.
Pemandu berusia 21 tahun itu tidak memberhentikan kenderaannya di tempat kejadian sebaliknya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata pemandu kenderaan itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataannya diambil. - BERNAMA
mStar Online
-------------------------------------------
Maaflah kalau korang asik baca berita je kat blog ku..huhu ku memang suka nak kongsi apa2 je berita yang ku baca..kalau rasa bosan takyah baca ye..peace!=B

Bukan nak tempek berita je ni..Nak kongsi cerita yang sama dengan kejadian di atas yang berlaku kepada murid sekolahku minggu lepas.Mujurlah waktu kejadian murid tersebut tidak memakai seragam sekolah..kalau tak memang akan libatkan pihak sekolah sekali..


Ku tahu cerita sebenar bila pada hari Khamis dan Jumaat lepas parents murid ni datang ke sekolah dan kebetulan pagi tu ku ada di bilik operasi peperiksaan..Terkejut gak la tengok muka budak tu calar balar dan kat dahi dia membengkak..

Lalu ku tanya dan mak budak tu bgtau anak dia kena langgar..Waktu berjalan balik dari kedai..Bukan kena langgar tengah jalan sewaktu lintas jalan ye..tapi dilanggar di tepi jalan..dari belakang dan budak tu tersungkur ke depan dan muka tersembam ke jalan..huhu

Pemandu kereta tu terbabas..Dia tak lari dan dah bayar kos perubatan budak tu sebanyak RM100..Parents budak tu pun jenis yg tak kecoh kot..dan sangat prihatin sebab bawak anak jumpa cikgu  untuk amik ujian yang anak2 dia tak dapat ambil sebelum tu..Anak dia dr kelas yang kedua..so memang dia rasa rugi kot kalau si anak akan turun kelas pada tahun depan..

Kalaulah semua parents jenis prihatin cemni..alhamdulillah anak2 akan terjaga dan ada motivasi untuk belajar..ini tidak, anak pergi sekolah ke tidak..lantak kau ajelah..duk kelas mana pun..hentam aje lah..janji jau pegi sekolah..huhu sedih

Abislah citer pasal budak tu...hehe nanti panjang plak ku bebel..

Dan ku teringat kejadian lama..masa study dulu, ada kawan kitorang yang meninggal sebelum sempat menggenggam ijazah kerana dirempuh oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda sewaktu berteduh dari hujan di bawah jejantas..pemandu hilang kawalan dan merempuh arwah..

Paling menyedihkan ialah sewaktu kejadian ibu arwah melihat kejadian tersebut dari arah jalan yang bertentangan..Waktu tu ibu arwah baru pulang dari kerja..Dan dalam hati beliau hanya beristighfar dan berkata 'kesian mangsa langgar tu..jangan la jadi kepada keluarga aku'

Waktu sampai di rumah, dia dapat call dari polis mengatakan anaknya meninggal kerana dirempuh kereta..Rupanya kejadian yang dia saksikan tadi adalah anak dia sendiri yg dilanggar..huhu sangat menyayat hati..

Sebenarnya ramai kawan2 ku yang meninggal waktu study..Sedih untuk recall kejadian2 tu..Yang kena langgar dengan bas hingga hampir hancur muka..yang meninggal ketika tidur..yang meninggal kerana barah..hmm takdir Allah mengatasi segala kudrat kita..Hanya doa yang dapat dikirimkan agar mereka tenang bersemadi bersama-sama hamba2Nya yang soleh..al-Fatihah


11 comments:

MOMOCHAN said...

bahaya...duduk tepi jalan pun kena langgar juga haihh...

momo dulu2 pernah kena langgar dengan basikal T__T

memang berguling-guling la jatuh.sudah duduk tepi pun kena rempuh juga.hasilnya lebam 1 badan.dan esok tak pergi sekolah.uhuuu~zaman dulu!

Kalamhati said...

>>momochan: huhu tu la pasal..bahaya ada di mana2 je kan..

eelobor said...

eh...ok per baca cerita.

Anonymous said...

adeyh!
takut2!

Unknown said...

itulah yang akk tekankan...kalau jalan di tepi jalan raya..ikut arah bertentangan...risau kan..

salam takziah utk anak murid sekolah dan kawan kalam hati..moga dijadikan pengajaran..

Kalamhati said...

>>eelobor: yg suka baca memang suka..sbb kadang2 kita nk cari berita ni sendiri tak tercari kan?tu yg suka nk letak kt blog..


>>Lelaki ini: tu la..hati-hati bila berjalan


>>Sis Ayu: betul tu..kena ajar anak2 dan kita sendiri untuk berjalan ikut arah yg bertentangan..
harap2nya gitulah..jadikan pengajaran atas apa yg berlaku..

sarah-najwan said...

mmg kene hati2..biasanya budak2 pom xselamat..akak risau kat anak2 akak..huhu

Jo Qusary said...

dulu pakcik saya pun mati semasa tgh jalan kaki kat jalanraya

Kalamhati said...

>>Ummi sarah-najwan: huhu tu la..akak jangan biar dorang main tepi jalan ye..sy gerun betul kalu tgk budak2 main tepi jalan..


Jo Qusary: owh ye ke..huhu sedihnya..tok bomoh yg selalu ubat akak masa kecik2 dulu pun dia kena langgar dengan motosikal kat jalan..tak lama kemudian dia meninggal..kesian

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Wan, hmmm kite kena berhati2 bila berdiri di tepi jalan. Kekadang nampak keta atau lori besar, kena ketepi lagiiii. Manatau diorang ni terlajak! Ari ni nak pos cenderahati kat Cikgu Wan, tak banjir ke kat sana?

Kalamhati said...

>>Kak Halima: Salam kak..huhu tu la..kita kena lebih waspada..cuba elak kemalangan dengan berjalan jauh sikit dr tepi jalan..

tq kak!..sini ujan je..lum banjir lg..kt kampung, mak kata air sungai dh besar dah..harap sempat balik kampung cuti nnt