KUALA LUMPUR: Stesen televisyen swasta TV3 dikenakan kompaun maksimum RM50,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penyiaran iklan Aidilfitri 'Sinari Lebaran' yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata keputusan itu dibuat selepas SKMM menyiasat aduan orang ramai mengenai iklan tersebut mengikut Seksyen 206 (3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) di Dewan Rakyat, di sini Khamis.
Zulkifli ingin tahu tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan iklan tersebut sempena Aidilfitri bulan lepas.
Kepada soalan tambahan Zulkifli mengenai rasional di sebalik ketiadaan tindakan pendakwaan ke atas Wee Meng Chee atau Namewee yang menghasilkan klip video kontroversi dan berbaur perkauman, Salang berkata kementerian itu telah mengambil tindakan sewajarnya.
"Tetapi SKMM tiada kuasa untuk membawa ke mahkamah dan hanya boleh memberi siasatan kepada Peguam Negara. Itu terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan. Tetapi tidak boleh dikatakan kementerian tidak mengambil tindakan terhadapnya," kata beliau.
Terdahulu, Salang memberitahu persidangan penguatkuasaan berkaitan hasutan agama dan perkauman menerusi media elektronik dan siber terkandung di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kesalahan di bawah akta itu bukan hanya tertumpu kepada kandungan artikel yang ditulis dan disiarkan dalam laman-laman itu oleh pemilik laman atau penulis yang menghantar penulisan mereka ke laman tersebut.
"Malah, pengunjung yang melawat laman itu yang berinteraksi serta menghantar komen yang menyentuh agama dan perkauman juga adalah mereka yang melanggar undang-undang," katanya. - BERNAMA
-------------------------------
Semoga lepas ni lebih prihatin dengan isu2 agama..Bukan boleh dicampur aduk..Peringatan utk kita semua juga..Agama kita perlu kita junjung..
5 comments:
Bgsla TV3 dikompaun..baru ade rse penyesalan dan gerenti lps nie dorang akan berhati2..klux melayang lg 50 riban dorang... ;)
eloklah sebagai pengajaran...
>>Skype Crew: btul tu dan harap ia juga akan jd teladan kepada stesen penyiaran lain...
>>eelobor: yg baik jadikan teladan dan peringatan..yg berdosa jadikan sempadan..=)
apa sgtla rm50k tu bg diorg.. x setimpal lgsg..
besok2 buat lagi.. huh..
celah gigi je kan bg dorang..huhu hope jd pengajaran..
Post a Comment