Kitab Suci Al Quran adalah Namaku
Aku Kitab yang dicetak dengan sangat cantik
Untuk tahu tentang aku
Perhatikanlah beberapa petunjuk
Aku diberi sampul mewah nan indah.
Aku pasti ada di setiap rumah orang Muslim
TETAPI,
Di dalam hati setiap Muslim aku jarang ditemui.
Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
Dibiarkan di sana, aku tertinggal
Dengan penuh hormat aku selalu dicium
Setiap kali selesai dibaca.
TETAPI,
Pelajaran dan petunjuk utama
Yang ada padaku selalu dilupakan
Mereka sering mengabaikan
Pesanan nasihat yang ada padaku
Ada kalanya aku digunakan
Untuk bersumpah palsu,
Kegunaanku yang sebenarnya
Sangat-sangat jarang diperhatikan..
Sungguh betapa ajaibnya
aku bisa mengubah dunia!
Yang semestinya kamu lakukan
Adalah memahami perkataanku..
Jadi seharusnya bacalah aku, pelajarilah aku,
Perhatikan apa yang harus aku katakan padamu..
Aku punya hukum
Aku punya kebijaksanaan
Aku punya sesuatu yang sangat berharga
Padaku ada segalanya yang dirimu perlukan
Untuk berjaya dunia dan Akhirat.
Akulah penyelamatmu
Akulah penuntunmu
Aku diturunkan dari Allah Maha
Agung, Maha Pencipta Alam Semesta
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW,
Dan dipertahankannya
Dengan air mata dan darah.
Memperingatkan kebenaran adalah kemahsyuranku.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, dan
Sampaikan pesan dan isi yang ada padaku.
KERANA,
Al-Quran Al-Karim adalah namaku.
**Ku suka pic Al-Quran tu.So ku amik je..Syukran iluvislam!jazaakallahukhayran katheera..Ku edit sket dari format powerpoint ke format yg lebih mudah utk ku letak kt sini..Tho dah biasa baca tp biar la lagi biasa dan selalu kita baca utk ingatkan diri kita..Bacalah Al-Quran walau satu ayat sekurang-kurangnya dalam sehari..Semoga hati kita sentiasa tersuluh,terpelihara dan terdidik secara tak langsung..InsyaAllah
8 comments:
baca bila malam jumaat & ramadhan jer. itupun selalu gak miss bila malam jumaat. asyik2 baca satu surah jer drpd 114 surah yang ader iaitu Yaasin sedangkan surah lain pun kena baca gak. Peringatan untuk diri sendiri
hmm btul tu..ramai yg hanya ngat yaasin tu je yg patut baca..sedangkan seluruh ayat dalam Al-Quran tu ada kelebihan..
kita cuba amalkan baca satu pipi semalaman pun dah cukup..sementara tunggu insyak..
sama2 kita mengingatkan..=)
bacalah Al Quran walaupun kita sesibuk mane pun :)
yup2..walau satu ayat..=)
berharap semoga dapat dijadikan amalan..
insyaAllah..sama2 kita cuba..=)
salam akak yati...
skrg nih kan, al-Quran ade di rumah, d simpan d almari.. kadang2 berhabuk sbb lame x baca... same2 lah kita membaca kitab suci ni.. dgn itu kita akan beroleh ketenangan...
(peringatan utk diri sendiri juga)
salam,jg diri,hiasi peribadi...
insyaAllah..gayah sama2 kita amalkan ye..
Post a Comment