Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 26, 2010

Polis Jumpa Rangka Lengkap Berpakaian, Berkasut

KUALA LUMPUR: Polis menemui rangka manusia, dipercayai lelaki, yang lengkap berpakaian dan berkasut di kawasan mengorek pasir di belakang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dekat sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata rangka itu ditemui orang awam kira-kira 5 petang Isnin.
"Rangka manusia itu ditemui dengan berseluar jeans biru, manakala warna bajunya tidak jelas disebabkan kesan lumpur," katanya kepada Bernama malam Isnin.
Beliau berkata siasatan awal mendapati tiada sebarang pengenalan diri ditemui.Abdul Rahim berkata rangka tersebut telah dihantar ke Hospital Selayang.
"Rangka itu dijangka berada di situ selama 10 hingga 15 hari, dan perlu dirujuk untuk pemeriksaan Jabatan Patologi Kimia. Kita akan menunggu keputusan pihak hospital," katanya.
Buat masa ini, beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- BERNAMA

Sumber: mStar Online

---------------------------------------
Hmm dekat UIA?Err jangan student sudah..huhu tak sabar nak tunggu berita selanjutnya..

2 comments:

Unknown said...

makin pel;ik sekarang nih.. macam-macam
kuman "Dinner.." Entry

Kalamhati said...

tu la pasal..takut je baca..mcm2 jenayah skang..