Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 26, 2010

Permohonan Bekas Sultan Kelantan Tangguh Pendengaran Petisyen Ditolak

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin menolak permohonan bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra untuk menangguhkan pendengaran petisyen berhubung Perkara 63 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, yang difailkan baginda.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu sebulat suara selepas mengambil kira kepentingan awam.
Dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar petisyen itu ialah Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Hakim Zulkefli kemudian mengarahkan peguam Tan Sri Cecil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V atau Tuanku Muhammad Faris Petra, yang dinamakan sebagai responden pertama, berhujah mengenai isu bidang kuasa Tuanku Ismail Petra memfailkan dua petisyen berkenaan secara berasingan, masing-masing bertarikh 5 Mei dan 22 Jun.
Selain anakanda sulung baginda, Tuanku Ismail Petra turut menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden kedua.


Baca selanjutnya di SINI


No comments: