Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, October 26, 2010

Genap 10 Tahun Dia Pergi Meninggalkan Kami..

Pada tanggal 24 Oktober 2000 dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..kembali ke pangkuan Pencipta Yang Maha Memiliki..Tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada 3 cahayamatanya yang berada di perantauan mencari rezeki dan ilmu..

Salah seorang cahayamatanya yang tidak sempat berada di sisi pada saat akhir hayantnya adalah diriku..Waktu itu ku tengah berhempas pulas membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester di universiti..semester akhir dan tahun akhir pengajianku..

Sedang khusyuk mentelaah buku, handphoneku berdering..ku tengok di skrin, panggilan dari rumah..terus berderau darahku..Di talian suara kakak sulungku..memberitahu ayah sudah nazak..hampir separuh betis sudah sejuk..


Hmm dia tak sempat2 tunggu ku habis exam..semalam baru kakak ku telefon khabarkan bahawa ayah demam..dan bertanya samada ku dapat balik jenguk ayah sekejap atau tidak..ku bgtau bahawa esok ku ada exam dan ada 2 hari free sebelum paper seterusnya..Dan kakakku mintak ku ambil tiket dan balik selepas exam..

Ku bagitau kawan karibku tentang keadaan ayah..Lalu dia menyuruhku sambung study dan dia akan tolong belikan tiket utk ku pulang esok..Lega sedikit rasa hati..Ada sahabat yang baik hati..Yang sudi berkongsi suka dan duka..

Namun, hajatku tak kesampaian..belum sempat ku duduki exam esoknya, panggilan kakakku tadi meluluhkan hati..lemah longlai badanku bersandar di kerusi..buku masih terpegang di tangan tapi pandangan kosong je..buntu..tak tahu apa nak buat..

Kakakku mintak ku telefon abangku yang masih ada kat KL..Lalu ku gagahkan diri untuk turun ke blok kawan rapatku Kak Zura untuk bgtau berita terbaru tentang ayah..Lalu dia temankan ku menelefon abangku..Abangku on the way ke KLIA untuk ambil kakakku yang baru sampai dari Sarawak..Kami bertiga akan balik bersama pada malam tu juga..Kak Zura lah yang temankan ku di bus stop menanti abangku sampai..Dekat jam 12.00 baru dia sampai..

Dan waktu ku masuk ke kereta..Ku lihat kakakku menangis tersedu-sedu..Ku dapat agak pe yang akan diberitahu oleh abangku..''Wan dah takde tepat pukul 11 tadi" (wan tu panggilan kami kepada ayah)...hmm tak dapat ku tahan lagi airmata...lalu ku keluar semula dari kereta, bgtau Kak Zura yang ayah dah tiada..

Masuk ke kereta semula..masing2 diam..kakakku di sebelah masih teresak-esak lagi..Mana tak sedih..dia yang paling lama tak jumpa ayah sebab nun jauh di Sarawak. Ku sempat balik jenguk ayah masa cuti mid-sem..tapi masa tu dia tak cam pun..cuma masa salam ngan dia waktu nak balik U semula, dia tenung je muka ku..sayu

Dan sehari sebelum kakakku telefon bagitau ayah demam tu, masa tengah study kat library tetiba je bayangan ayah macam melintas depanku..sampai ku tersentak kejap..hmm rupanya memang Allah bagi petanda..

Kami sampai kat kampung dalam pukul 8 pagi..semua tunggu kami sampai je untuk mandi jenazah..bila sampai ku bergegas naik ke rumah..abang2 ku yang tiga orang lagi ada di sisi ayah..tengok je mak trus terhambur airmataku..sedih sangat masa tu..

Kejap je urusan mandikan jenazah ayah..sebab anak2 lelaki ayah ada 4 orang dan sorang menantu lelaki..jadi jurumandi hanya arahkan mana yang patut je..alhamdulillah berkat didikan ayah..semua anak lelaki dia boleh diharap..

Lepas kami adik-beradik kucup dahi dan wajah ayah..sekelip mata je mereka bawa ayah pergi..Mcam tak sabar je dia nak pergi jumpa Penciptanya..ku hanya sempat lihat hujung keranda je..mak pun cakap gitu gak..bila dia nak tinjau kat tingkap bilik, dah jauh dah..sayup je nampak..Kalau fikir logik memang tak logik secepat tu dorang jalan..Tapi tu semua kuasa Allah..Maybe dia taknak kami sedih..cepat2 dia pergi jauh dari pandangan kami..

Dan ku terpaksa ambil special exam untuk dua subjek yang ku tak sempat ambil..Ingat lagi, dalam bulan puasa..menumpang bilik kawan2 yang belum grad..sebab ku terpaksa kosongkan bilik lepas final exam..Dan tunggu surat panggil exam baru balik semula ke u..Alhamdulillah dua2 subjek dapat cemerlang..Allah sentiasa membantu hambaNya..

Dan pada 24 Oktober 2010 iaitu hari Ahad lepas..genap 10 tahun pemergiannya..cepatnya masa berlalu..Rasa macam baru je dia pergi meninggalkan kami..Ingatan pada dia sentiasa segar..Tambahan pula, ku banyak masa bersama dia..Bila mak pergi berniaga..dan abang2 serta kakak2 kerja dan sambung belajar..Dialah yang jaga ku dan adik sementara mak balik dari berniaga kat Kota Bharu..Banyak benda yang dibuat bersama..Sapu sampah kat laman rumah, berkebun kat belakang rumah, naik sampan, solat berjemaah dan yang paling tak boleh lupa mengaji Al-Quran dengan dia..sampai nangis2 sebab kena marah salah baca or malas nak ngaji...

Kalau tak kerana garang dan tegas dia..kami adik-beradik takkan khatam Al-Quran..sebab libasan kain serban dan kain basahan dia kat belakang atau betis kamilah, kami semua jadi manusia berguna..kenal Tuhan..hormat orang tua..tak gaduh adik-beradik..Dia banyak ilmu..suka kongsi cerita..

Kini, hanya doa yang dapat ku kirimkan sebagai penyambung kasih..Semoga dia tenang di sana..Bersama para solihin dan syuhada' yang dikasihi Allah..

Kami tak pernah melupakanmu..kami rindu denganmu..wahai ayah

Al-Fatihah..

7 comments:

shahrilhakime said...

awok tersentuh dengan ceghite yong kali ni...sebab awok penah megahse macam mane kehilangan ayah......

Sharinginfoz said...

sorry to hear that even though dah berlalu 10 tahun

Kalamhati said...

>>D08: hmm yg senasib dgn kita mesti dapat rasa cemana rasa kehilangan kan?


>>>Sharinginfoz: thanks sbb sudi jenguk dan baca..hmm walau dah berlalu 10 thn tp masih segar dlm ingatan saya

Muka Haluih (MH) said...

Al-Fatihah.. sedihnye dgr.

eelobor said...

Al-Fatihah...semoga roh arwah di tempatkan bersama golongan yang beriman. eelobor dah kehilangan 16 tahun lalu, namun masih termimpi2 kan arwah abah. bangun pagi mesti ceria satu hari sebab dapat jumpa arwah abah walau dalam mimpi.

Kalamhati said...

>>eelobr: amin..hmm lagi lama tu..alhamdulillah dapat gak eelobor jumpa dalam mimpi..akak jarang mimpikan ayah..tapi selalu bila solat dan doakan dia..rasa macam dia ada dekat je..

Puteripisces said...

aku pn seminggu lg nk final exam sem 1 di poli mase tu...kelam kabut balik x peduli dh buku ke ape...capai baju je 2 3 helai...dh la x pkai hp mase tu, bdk depan bilik yg bgtau ade lecturer cari (kakak ipar la sebnrnye)...