Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, October 10, 2010

Lahabau punya pencuri!..

Hiasan pagar istana dicuri
KUALA TERENGGANU- Kira-kira 650 ukiran bunga hiasan tembaga pada pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Jalan Kamarudin di sini hilang dipercayai dicuri baru-baru ini.
Kejadian itu hanya disedari kira-kira pukul 9 pagi Khamis lalu ketika pihak polis menjalankan pemeriksaan rutin di sekitar kawasan itu.
Istana itu menjadi tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila Seri Paduka berangkat pulang ke bandar raya ini.
Ia berlaku sehari sebelum keberangkatan pulang Seri Paduka bagi menyaksikan upacara pelepasan peserta kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance di negeri ini semalam.
Difahamkan, individu yang terlibat dalam kehilangan ukiran tersebut mungkin menyangka ia mengandungi emas kerana warnanya yang kekuningan atau mahu menjualnya kepada peniaga barangan lusuh.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan ketika ditemui mengesahkan kejadian itu namun beliau tidak mahu mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih dalam siasatan.
sumber: Kosmo 
--------------------------------------------
Biasanya ni kerja 'Mat Pit'..kat kampung ku dah biasa dah kejadian kerawang pagar ngan kabel telefon kena gunting..harga besi ngan timah kan mahal..Nak dapat duit beli benda haram tu, maka pagar2 dan kabel lah jadi mangsa...Adeh!insaflah wahai pencuri dan penagih oii!...bawak bertaubat..

2 comments:

Solihin Zubir said...

perghh... berani giler curi pagar istana.. takkan xde security..? huhu..

Kalamhati said...

security tido ke apa..hehe dia pukau kot..=p