Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 13, 2010

Guru Meradang Maklumat Peribadi Didedahkan?

KUALA LUMPUR: Beratus-ratus guru di Selangor meradang apabila maklumat peribadi dan sulit mereka didedahkan kepada umum oleh Jabatan Pelajaran.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang mewakili guru berkenaan, bimbang dengan perkembangan itu kerana ia adalah tidak beretika dan jelas sekali melanggar kod profesion perguruan.
Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng memberitahu Bernama beliau berharap Kementerian Pelajaran akan menghentikan tindakan itu secepat mungkin.
Beliau menjelaskan masalah itu timbul selepas Pejabat Pelajaran Negeri Selangor mengedarkan pekeliling pada 25 Mei, mengarahkan semua sekolah mengutip yuran dari guru untuk Persatuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan (PSKPP).
Surat ingatan kedua dikeluarkan pada 21 Julai, kata Lok.
Beliau berkata, apa yang menjengkelkan guru tersebut apabila salah sebuah daerah di Selangor, Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana telah bertindak keterlaluan apabila mengumpulkan senarai guru yang mempunyai tunggakan.
Senarai itu mengandungi nama, kad pengenalan, gaji, nombor telefon dan tunggakan bagi setiap guru, telah disebar secara meluas di semua sekolah.
"Ini jelas telah melanggar etika profesion perguruan dan kita menuntut Kementerian Pendidikan menjalankan siasatan berhubung tindakan tersebut," tambah beliau lagi.
Yuran PSKPP adalah RM3 setahun bagi guru yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan dan RM5 setahun bagi guru yang berpendapatan lebih daripada RM1,000 sebulan, katanya.
Lok berkata, sepanjang pengetahuan kesatuan itu, keanggotaan PSKPP tidak diwajibkan.
"Tetapi tindakan yang dilakukan oleh jabatan pendidikan untuk mengumpulkan yuran itu menunjukkan ia adalah wajib bagi semua guru menjadi ahli," katanya.
Ini menunjukkan sekali lagi bertentangan dengan prinsip keadilan, tambahnya.


sumber: mStar Onilne
----------------------------------
Perlu didedahkan ke?dibuatnya tersebar kepada pihak2 tertentu yg nak sabotaj ke pe tak ke naya..maklumat peribadi tu..huhu

3 comments:

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

jangan lah aniaya..
kena pikir buruk baik, bab peribadi tu...alahai....dah nama peribadi..simpan lah elok2....

sure ramai cikgu cikgi...tak puas hati...sabor-sabor yer...

cikgu isza said...

gitu pula.. kalau kat sini.. kelab guru bayarkan.. habis cerita.. walaupun ada suara sumbang dibelakang..

Kalamhati said...

>>>Sis ayu: tu la pasal..huhu


>>>Isza: kalau kt skolah saya kutip sbb saya bendahari kelab guru..memang biasa dorang bising sbb byk ngat kutipan..hari guru la..pe la..huhu