Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 13, 2010

ISLAMOFOBIA?


Gambar dari Google

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim. Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001. 

Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama.

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September, sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat. 

Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September 

Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia.

Sumber: Wikipedia

-----------------------------------
Jika melanggar nilai-nilai asas manusia, maka tak sepatutnya wujud Islamofobia tu..dituduh sebagai terrorist tapi dalam masa yg sama diseksa dan ditindas sewenang-wenangnya..siapa terrorist sebenarnya?Hentikanlah memerangi ummat Islam..huhu

4 comments:

Solihin Zubir said...

islamofobia ape kalau diorg sindri yang tentang, serang n seksa negara dan umat islam.. huhu..
smoga Islam terus utuh!

Kalamhati said...

tu la pasal..wat conference kemain lagi..tp pelaksanaannya hampeh..

Malaysia tgh giat nak beri kefahaman kepada Amerika dan negara luar tentang Islamofobia ni..harapnya usaha murni ni memberi kesan besar..dan merubah segala tanggapan negatif tu

Unknown said...

kalamhati
thanks sharing ttg `islamofobia

fobia jer membaca....

semoga agama islam tetap berdiri teguh dimana-mana...ALLAHUAKBAR

Kalamhati said...

InsyaAllah kak..Islam tu agama Allah..walau sehebat mana ia dikecam..ia takkan tergugat..sbb Allah menjaga agama yg diturunkanNya..=)