Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, October 31, 2010

CUKUP HANYA DENGAN MEMOHON MAAF?

Pemandu Bas Minta Maaf Kepada Keluarga Mangsa
KUALA LUMPUR: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah yang meragut tujuh nyawa Jumaat lepas, memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak, terutama keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu.
Menyesali dan mengakui kesilapannya, S. Muthumani, 36, mendakwa kemalangan ngeri itu berpunca daripada brek bas yang rosak.
"Saya minta maaf kerana saya dah buat kesalahan, tapi saya tak boleh buat apa-apa kerana brek bas tak ada," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur pada Ahad.
Dia yang patah kaki kanan akibat kemalangan itu, kini ditahan reman selama empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.
Suspek mendakwa selepas itu dia cuba menarik brek tangan, namun ia juga gagal berfungsi.
"Gear pun tak boleh masuk kerana paip sudah pecah waktu itu," katanya.
Lelaki itu juga mendakwa dia memang memiliki lesen memandu, tetapi telah digantung oleh Jabatan Pengangkutan Jalan yang mendapati dokumen itu tidak sah atau lesen terbang, dan ini menyebabkan dia tidak boleh memperbaharuinya.
"Saya bawa bas pun kerana terpaksa, anak tiga orang masih belajar, isteripun tak kerja, malah rumahpun kena bayar jugak, oleh sebab itu, terpaksa kerja sini," katanya.
Suspek turut mendakwa syarikat bas berkenaan mengetahui bahawa dia tidak memiliki lesen memandu, namun tetap memintanya membawa bas berkenaan.
"Mereka (syarikat) paksa saya dengan mengatakan bahawa driver bas tak ada, jadi perlukan bantuan saya, tolonglah...tolong..., driver bas tak ada, you datang Genting sini (bawa bas)," katanya.
Dalam kejadian 7.50 malam itu, sebuah bas yang membawa 44 anggota Belia 4B dari Kampung Baru Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands. - BERNAMA
----------------------------
Harap perkara ni akan jadi iktibar..Jangan hanya fikir keuntungan atau duit saja..Nyawa2 mereka cukup berharga..Memang itu mungkin takdir Allah..kemalangan tu berlaku..Namun, jangan lupa..ia juga peringatan atau teguran dari Allah kerana ada pihak yang tidak amanah dan bertanggungjawab..Sangat mendukacitakan..hmm

8 comments:

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

selagi boleh elak, cegah, apa salahnya kita berusaha. buat apa yang patut untuk memastikan keselamatan. memang ajal maut di tangan Allah. tapi kita juga kenalah berusaha sama. kesian betul keluarga mangsa...

Nour Eyza said...

sungguh tak patut.. mempertaruhkan nyawa manusia..tak ada brek tu mmg tak patut dlm sebuah kenderaan kan..

al-fatihah kepada arwah yg telah meninggalkan kita...

Kalamhati said...

>>Danial: betul tu..macam menempah maut je..dgn lesen takde..bas tak diselenggara dgn baik..


>>Eyza: hmm hukuman yg setimpal patut dikenakan..terutama kpd syarikat bas yg tak bertanggungjawab..

Al-Fatihah..semoga mereka tabah

Unknown said...

sedey sgt jd mcm ni..tkut ja nk pg memana ~

eelobor said...

bagus lah dia mengaku salah akan kesilapannya dan kelemahan pengurusan penyedia perkhidmatan bas tersebut. undang2 yang di langari tetap salah & perlu di hukum

sarah-najwan said...

semoga selepas ini..dia akan berhati2 bawa bas..jgn biar pisang berbuah 2 kali..

eiela said...

kenapa lah syarikat bas tuh sanggup perjudiakan nyawa orang lain untuk dapatkan keuntungan. takut naik bas dah nih berjalan jauh, fikir banyak kali.

Ciklinn said...

dlm kes byk yg salah.. dah tau takde lesen.. buat apa memandu... dah tau org tu takde lesen kenapa ambil bekerja... dah tau bawak budak2 kenapa bawa laju2.. huhuhuhu