Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 15, 2010

KES PEMBUNUHAN USTAZAH DAN ANAKNYA..[UPDATE]

Ali Tan Abdullah, 34, dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas dia dihadapkan atas dua pertuduhan membunuh seorang ustazah Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, pada 2 September lepas di Mahkamah Majistret Seremban, Rabu. - Foto BERNAMA
Jiran Bunuh Ustazah, Anak Dihadapkan Ke Mahkamah

SEREMBAN: Jiran kepada seorang ustazah dan anaknya yang ditemui mati di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lepas, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh dua beranak itu.

Ali Tan Abdullah, 34, dituduh membunuh Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, di B5-1-09B, Flet Win Min, Pasar Baru, Port Dickson di antara 3.15 petang, 2 September hingga 10.15 pagi, 3 September lepas.

Ali Tan, pekerja pemasang paip gas industri, didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan dicatatkan daripada tertuduh.

Majistret M. Mageshwary kemudian memutuskan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mahmud Abdullah kerana kes pembunuhan itu berlaku di kawasan itu.

Beliau menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes itu.

Tertuduh diwakili peguam John Fernandez. - BERNAMA

-------------------------------------

Hmm harapkan pagar, pagar makan padi..semalam abang iparku cerita..keluarga arwah kawan ku ni bgtau yg isteri tertuduh tu merupakan kawan baik kepada arwah..sebelum kejadian, tertuduh dah awal2 hantar isterinya balik ke kampung halaman..

Sampainya hati dia melakukan perbuatan kejam pada kawan isteri sendiri..kerana wang nilai persaudaraan dan kejiranan dipijak-pijak..Nak ambik wang dgn barang ambik je la..kenapa mesti dibunuh dgn kejam begitu..

Sebelum lakukan perbuatan terkutuk tu..just put urself in people shoes dulu..Cemana kalau org buat anak bini kita gitu..jangan dah terhantuk baru nak terngadah..Sesal dahulu pendapatan...sesal kemudian nyawa dah sah2 kt tali gantung..Isteri dan anam2 gak yg merana ditinggalkan..manusia oh manusia..

No comments: