Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, September 15, 2010

SEKOLAH HARAPAN UNTUK PELAJAR HAMIL?

Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat ini

15/09/2010 3:09pm

MELAKA 15 Sept. – Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sekolah itu yang dikenali sebagai ”Sekolah Harapan”, berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita telah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar,” katanya kepada pemberita di kediamannya, Seri Bendahara, di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. – Bernama



------------------------------
Apa komen anda?..saya melihat perlaksanaan sekolah ini dari sudut positif dan juga negatif..Positif kerana ini adalah merupakan satu langkah yg baik utk menyelesaikan kes buang bayi..Ada tempat untuk mereka lahirkan bayi2 mereka dan kes pembuangan bayi akan berkurangan..

Negatif pula, menjadi kesenangan lak bagi dorang ni..takyah pk dah..senang je nak buat anak..sbb boleh pergi ke sekolah harapan ni..dah habis edah..boleh lepas balik..buat balik perangai lama..Satu lagi akan menambahkan kos tanggungan kerajaan negeri utk selamatkan 'orang-orang yang tak sayang diri dan keluarga' dan 'tak takut Allah' ni..

Apapun, itu pendapat saya saja..Namun, pujian saya berikan atas usaha2 murni ini..

Sedarlah wahai anak2 muda terutama anak2 dara tu..nak serahkan mahkota diri tu..fikir panjang dulu..Jika diri dilengkapi dan dibentengi dengan ilmu agama nescaya takkan berlaku dosa besar ni..kerajaan pecah kepala fikir mcm2 cara utk membendung masalah ni..Kerana nafsu badan binasa..maruah tercampak merata..

"YA ALLAH! AMPUNILAH DOSA2 KAUM KU..
SESUNGGUHNYA MEREKA INI JAHIL"

2 comments:

Seindah.Bidadari said...

Kesimpulannya...mencegah lebih baik...(^^)

Kalamhati said...

yup..itu yg sebaiknya..dan yg selalu Allag gazet kan..jgn dekati zina..=)