Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, September 20, 2010

SELAMAT MENGHADAPI UPSR..

Buat semua calon UPSR yang akan bermula pada esok hingga Khamis ni, Selamat Menghadapi UPSR..Semoga kejayaan menjadi milik kalian semua..Semoga dapat



Jawab dengan tenang..Baca bismillah..hati-hati ketika menjawab..Dan jangan




Ku selalu ingatkan murid-murid supaya sentiasa memohon ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka..tak kira la utk peperiksaan biasa atau peperiksaan besar..sebab doa ibu bapa amat penting..selain berdoa kepada Allah dan berusaha bersungguh-sungguh..

Ingat lagi masa ku kat Sarawak tahun 2006 dulu..lepas baca Yaasin dan solat hajat bersama ibu bapa..ada slot ceramah dari ustaz sekolah..tapi session bersama ustaz abis awal..dan GB mintak ku sampaikan pesanan kepada murid-murid dan ibu bapa untuk isi masa before solat Isyak..

Erkk kena cakap spontan ni..pe nak cakap depan parents yg ramai kat depan ni..huhu..Maka time tu gak tetiba terlintas nak cakap pasal 'redha ibu bapa kepada anak2'..ku mula dengan bagi nasihat sket kat bebudak tu suruh ulangkaji..lupakan dulu main dan tgk tb..konsentret belajar dulu...jangan tinggal solat..jaga kesihatan..dan berdoa



Then, baru masuk pesanan pada ibu bapa..Bukan panjang pun ku cakap..Ringkas dan padat..Ku mintak ibu bapa dan guru2 yang ada kat surau tu redha dan maafkan kesalahan anak2 tu..Buat solat hajat banyak dan berdoa sepanjang anak berada dalam dewan peperiksaan supaya dipermudahkan mereka jawab exam..

Bila sampai pesanan last tu, airmata ku yg gugur dulu..Baru je cakap ''dan satu lagi saya nak pesan kepada ibu2..." Maka bercucurann airmata ku ini..pause dalam seminit lebih kot..then sambung balik "tolong halalkan air susu yang puan2 berikan kepada anak puan2 ni..halalkan segala jerih perih dan buang segala rasa sakit hati pada anak2..agar tiada halangan utk mereka berjaya"

Dengan ayah2 yg ada kat situ mengalirkan airmata..mak2 dan cikgu2 perempuan toksah cakap la..memang banjir abis..huhu

Bukan nak kata pe..tapi tu la pesanan yg selalu ku pesan..sebab dulu masa belajar ku pernah dengar pesanan ni..dan ku bawa dan simpan di dada sampai ku dah keje..keje lak ada kaitan dengan ilmu dan murid2..so memang seswai la menyampaikan pesanan sebagai menyambung ilmu yang diperolehi..

Nabi Muhammad (s.a.w) pun selalu berpesan suruh kita menyampaikan sesuatu ilmu dari baginda walaupun hanya satu ayat kan..

Ma'attaufiq wannajah..Berusahalah..tiada kejayaan tanpa usaha..tanpa pengorbanan..




Wallahu a'lam




No comments: