Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, September 20, 2010

MEE JAWA?..

Mee Jawa Tinggi Dengan Nilai Budaya

Stephanie puas dengan dekorasi kedainya. - Foto THE STAR Oleh BRIAN MOH

INGIN memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali budaya dan cara kehidupan masyarakat pada zaman lampau telah memberi idea kepada seorang pemilik restoran untuk mengetengahkan konsep ala kampung antara masyarakat Melayu dan Cina melalui hiasan barangan antik sebagai aksesori kedainya.

Bagi Stephanie Yong, 30 tahun, dia turut memilih konsep itu bagi mengimbau kenangan semasa zaman kanak-kanak yang sentiasa dekat dihatinya.

“Ini adalah salah satu cara untuk mengingatkan saya mengenai zaman kanak-kanak bersama keluarga yang penuh keseronokan. Ada di antara barangan antik yang terdapat di kedai ini saya membesar bersamanya.

“Konsep ini juga adalah sebagai satu lambang untuk menjadikan kedai ini sebagai tempat keluarga berkumpul bagi mengimbau kenangan lalu,” katanya ketika ditemui Mingguan mStar, baru-baru ini.

Nyiru yang diperbuat daripada buluh dijadikan sebagai tempat untuk menulis menu.

Menyusuri restoran yang diberi nama Mee Jawa itu yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong, sebuah pintu gerbang berkonsepkan oriental menjemput tetamu ke kedainya bagi memisahkan bahagian dalam dan luar.

Berkeluasan 1,300 kaki persegi, hiasan di dalam restorannya banyak menggunakan buluh dan perabot rotan sebagai fokus.

Pertembungan budaya Melayu dan Cina jelas pada dekorasi Mee Jawa.

Melengkapkan dekorasi dalaman restorannya, Stephanie turut menggunakan buluh sebagai siling seperti di rumah yang terdapat di kawasan kampung serta penggunaan lampu kuning yang diletakkan dalam serkup ayam bagi menaikkan warna buluh.

Bagaimanapun, bahagian luar kedai tidak dibiarkan kosong, ia dihiasi cantik dengan pelbagai barangan antik disusun rapi bagi pandangan mata pengunjung yang mahu menikmati hidangan di luar restoran.

Turut mendapat sentuhan idea abangnya, Stephanie berkata, abangnya banyak membantu dalam menghias restoran yang diusahakan sejak lima tahun lalu.

“Abang saya banyak membantu dalam mengembangkan konsep dan idea restoran ini, memandangkan dia sendiri seorang arkitek, jadi idea yang diberikan sangat berguna kepada saya,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemasaran selama sepuluh tahun sebelum mengambil keputusan untuk membuka perniagaan sendiri.

Tambah menarik, kedai yang kini mempunyai lima cawangan di sekitar Lembah Klang itu turut sarat dihiasi dengan pelbagai barangan antik yang jarang ditemui seperti penimbang berat diperbuat daripada tembaga, seterika tembaga, kamera dan sebagainya.

Penggunaan serkup ayam sebagai hiasan lampu menaikkan pencahayaan pada ruang kedai.

Stephanie memberitahu, dia mendapatkan semua barangan antik ini daripada simpanan ahli keluarganya dan hadiah daripada kawan-kawan yang mahu dia menjaga barangan antik itu.

“Antara barangan antik yang paling saya sayang adalah pinggan mangkuk antik yang dihadiahkan oleh seorang kawan baik.

“Pinggan mangkuk antik berusia lebih 100 tahun itu dibawa oleh ibunya daripada China semasa berhijrah ke negara ini lebih 80 tahun lalu,” katanya.

Katanya lagi, dia sangat mementingkan kebersihan kedainya kerana barangan antik dan perabot yang diperbuat daripada buluh senang berhabuk.

“Paling kurang tiga kali seminggu pekerja akan membersihkan semua barangan dan perabot . Ini penting kerana mungkin ada pelanggan yang tidak tahan kepada habuk,” katanya yang turut mahir memasak.


Sumber: mStar Online

------------------------------

Tabik spring la..satu idea yang memang meletop..Bukan orang Melayu tapi Chinese beb..kebanyakan kedai2 makan orang Melayu kita stereotype je kan..Decoration tak penting ngat..Kalu yang canggih manggih meletop tu mesti harga pun nak kena meletop..

Boleh dijadikan inspirasi ni kan..sapa yang nak buka kedai makan or restoran buleh la pilih nama2 klasik sikit..Baru orang minat nak masuk..hehe...Bubuh la 'Restoran Lompat Tikam' ke..takpun 'Restoran Cekodok'..Ammm "Restoran Pulut Panggang".."Restoran ubi Rebus"...

Hehe bleh gitu??..

No comments: