Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 26, 2009

Petua..

Sangat mudah dan pastinya sangat berkesan!!Cubalah..insyaAllah

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

------------------------------
Kadang-kadang benda yang kita pandang remeh tu sebenarnya melengkapkan hidup kita kan..Doa-doa harian ringkas seperti doa nak makan..nak keluar rumah..nak tengok cermin..nak mulakan sesuatu kerja..sebenarnya memberi kesan kita tho tanpa kita sedar..Pasti ada beza orang yang mulakan sesuatu pekerjaan atau perbuatan dengan Bismillah pastinya berbeza dengan yang tidak membaca kan..Begitu juga fadhilat 3 QUL..Ini kerana doa-doa dan zikir-zikir nilah yang menjadi makanan kepada diri dan hati kita..If badan dan hati tak cukup suplement apa jadi?Tentu kurang sihatkan..:-)

More tazkirah here

2 comments:

fifa said...

sy stuju dgn komen kak ti tuh :)

Kalamhati said...

=)..