Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 26, 2009

Hormati Azan..jika tidak?



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati..Mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."


Hadith ini memberikan jawapan yang jelas kenapa kita perlu diam dan menghormati azan. Jika dengar lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa bila kedengaran azan kita tidak boleh mendiamkan diri?..Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Wal'iyaazubillah..

Malanglah kita sekiranya dikelukan lidah kita ketika menghadapi saat kematian kita..Saat sakaratul maut mencabut nyawa kita, kita tidak dapat melafazkan kalimah syahadah..Allah menjanjikan syurga untuk sesiapa yang dapat melafazkan syahadah ketika nyawanya dicabut..

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.InsyaAllah.. "Ya Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami"

1 comment:

Anonymous said...

Tolong bagi hadiths nya....mmg x ada