Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, July 26, 2009

Dan Nasib Lelaki Pula..



Tangan yang menghayun buaian bisa mengoncang dunia..Dah biasa sangat kita dengan ungkapan ni kan..Tapi sebenarnya lebih dari itu..Kenapa ku berkata demikian?Betul..Wanita bukan sahaja bisa mengoncangkan dunia..menjadi hiasan dunia..tapi boleh juga meranapkan nasib lelaki di akhirat kelak jika tersilap langkah..AWAS wahai lelaki yang masih lagi leka dan lalai di dunia ini..

Tanggungjawab mu cukup berat di atas dunia ini, namun akan jadi ringan dan mudah andainya kamu ikut landasan yang Allah bina di hadapan kamu dengan sebaiknya..Kita tengok cemana nasib 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Jadi, wahai ayah2..bapa2..abah2..abi2..papa2..daddy2 dan sebagainya..Di mana anak perempuan anda sekarang?Sedang berpoya-poya bersama teman lelaki?Berpegangan tangan?Bertepuk tampar dengan bukan muhrim?Bagaimana solatnya?puasanya?ilmu agamanya?Sudahkah dia khatam Al-Quran?Pandaikah dia mandi wajib?Menutup auratkah dia?Fikir-fikirkan..ini amanah Allah

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka. Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di taman neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak. Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas? kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak? Jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat? dan tidak menutup aurat.

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya? Maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak?.dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Duhai anak2 lelaki.. sayangilah ibumu.. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.. Kerana ibu juga insan biasa x lepas dr melakukan dosakan.. Selamatkanlah dia dari menjadi kayu api neraka..Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.


Na'uzubillah..Semoga kita bukan dari golongan ini..Dan sebagai perempuan atau wanita, kita kena tolong mereka..darah daging kita..Selamatkan mereka dan diri kita dari menjadi penghuni taman neraka jahanam..dari dibenci Allah di dunia dan di akhirat..

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu?."

No comments: