Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, April 25, 2009

Segenggam Tabah..

Bila ku baca posting adinduku tentang dugaan dan ujian yang tak henti menimpa keluarga arwah rakan setugas beliau, sedih rasa hati..insaf diri mengenangkan diri ini lebih bertuah kerana masih diberi peluang menikmati limpahan rahmat Allah.

Berat mata memandang dan telinga yang mendengar, namun berat lagi bahu yang memikul beban ujian dan hati yang menanggung peritnya perjalanan hidup yang tidak diketahui di mana penghujungnya..walau sakit..walau pedih..walau sedih..walau letih..walau lemah..walau susah..walau payah..Hidup perlu diteruskan.Kerana ianya hanya sementara..Pasti akan ketemu jua ketenangan dan kebahagiaan..Walau tidak di sini..Pasti di sana..Rahmat Allah sedang menanti hamba-hambanya yang sabar.

Lepas baca posting tu, ku terus cari cd nasyid ku yg dah lama ku tak dengar..ku teringat satu nasyid yang cukup menyentuh hatiku..Bila ku dengar nasyid ni dulu..ku rasa ada kekuatan masuk ke dalam diriku kembali..Liriknya simple je, namun gabungan muzik dan kekuatan vokal penyanyi2 tu wat lagu cem sumting sket..ni pendapatku laa..pe yang ku rasa bila dgr nasyid ni..kalu orang lain tak rasa pe2 bila dgr nasyid ni..itu perasaan masing2..nak dgr?ada kt player irama hati.

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan

Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


Semoga keluarga allahyarham lebih tabah dan kuat..Ingatlah Allah tu Maha Penyayang lagi Maha Adil..Rahmat Allah ada di mana2..yang penting kita sabar menerima segala ujian dan cubaan..

No comments: