Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, March 9, 2009

Di sini..segalanya bermula



Gambar ni ku sempat rakam waktu menunaikan umrah hari tu..Di sinilah Nabi junjungan kita dilahirkan..Kelahiran yang membawa rahmat kepada alam seluruhnya..Maulid bermaksud tempat kelahiran..Tapaknya je la..bangunan tu merupakan Perpustakaan Arab sekarang ni...tp tak sure buka ke tak..sebab macam takde apa je..berhadapan dengan maulid Nabi ni adalah kawasan Masjidil Haram..Kawasan tandas dan tempat wudhu' masjid itulah terletaknya rumah Nabi dan Siti Khadijah serta bapa2 saudara Nabi iaitu Abu Talib, Abu Jahal dan yang lain2..

Lain rasanya bila Sirah Hidup Junjungan Mulia diimbau di tempat yang sebenarnya..Masa dengar Mutawwif (org yg menjadi ketua mengiringi jemaah menunaikan ibadat tawaf dan saie)bercerita ku seolah-olah dapat gambarkan kehidupan Rasulullah pada ketika dulu..Di situ..Di tempat kakiku berpijak..Mataku tidak melepaskan peluang melihat segenap ceruk..ruang..sekitar masjid..dengan udara malam yg agak panas serta aroma Tanah Haram yg menusuk ruang nafas ku..Ku tenggelam dalam khayalan menelusuri jejak perjuangan baginda di saat dia dikecam dan dimusuhi oleh bapa saudara sendiri..Ku bayangkan keadaan rumah Nabi dan Abu Jahal..Bagaimana Baginda menghadapi semua jerih perih dengan penuh kesabaran..Dalam panas terik dan kering bumi Makkah..Namun, kesabaran mengatasi segalanya..Keimanan terpancar jua, menyinari bumi Anbiya'..Lalu nur nya terbias ke seluruh pelusuk alam..Nur Islam..

Tu baru di kawasan tapak kelahiran Nabi..belum lagi kita jejaki ke kawasan lain..melihat Kaabah..tempat perjanjian Hudaibiyah..Masjid Nabawi..Masjid Quba'..Gua Hira'..Gua Thur dan sebagainya..Semuanya akan membuat hati begitu terkesan..Satu rasa yang takkan mampu diungkap oleh kalam..hanya kalamhati berbicara..Mengungkap syukur yang tak terhingga..kerana diberi peluang menghayati perjalanan hidup kekasih Allah..diberi ruang untuk mengabdikan diri di depan rumah Allah..Kiblat sekelian muslimin..Alhamdulillah..

No comments: