Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, March 8, 2009

Rasulullah..Qudwah Hasanah



YA RASULULLAH (RAIHAN)

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


RASULULLAH (HIJJAZ)
Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

( korus )
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Kalau ikutkan memang banyak nasyid yang memuji, menyanjung mulianya peribadi dan akhlak Baginda yang dialunkan oleh kumpulan2 nasyid tersohor..Tapi dua nasyid ni paling terkesan kat hati ni..Bila dengar hati memang bergetar..Kagum..bangga..syahdu..Takut..Sudikah Baginda menerima diri ini sebagai salah seorang ummat yang akan Baginda kurniakan syafaat kelak..Malu..Kerana masih banyak sunnah Baginda yang belum diteladani..

Keunggulan keperibadian Baginda SAW ini diiktiraf dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Dan Allah mengukuhkan lagi kemuliaan kedudukan Rasulullah dengan firmanNya, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Dan banyak lagi firman Allah yang memuji serta menyanjung tinggi keperibadian serta kemuliaan akhlak Rasulullah yang perlu diteladani oleh ummat manusia..Akhlaknya adalah Al-Quran..Bandingan yang menunjukkan betapa sempurnanya akhlak Baginda..Tiada tolok banding..Insan pilihan penghulu sekelian ummat..Dialah Muhammad kekasih Allah..

Ku nukilkan sedikit apa yang terdetik di hati ini..sepontan..

Dia..
Uswatun Hasanah
Model terulung ikutan ummat

Dia..
Qudwah Hasanah
Menjadi teladan sepanjang zaman

Dia..
Kekasih Allah
Unggul peribadi tinggi pekerti

Dia..
Muhammad yang terpuji
Bawa cahaya terangi hati
Kembara menyusuri mehnah duniawi
Syurga Ilahi dambaan hati


Salam Maulidur Rasul..12 Rabiul Awal 1429H/20 Mac 2009.."Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"..Sama-sama kita susuri lembaran sirah dan perjuangan Baginda..Moga kita tergolong dalam ummat nya yang mendapat syafaat di Hari Akhirat kelak..insyaAllah..

---------------
*Qudwah hasanah/Uswatun hasanah : akhlak/ikutan terbaik (role model)

No comments: