Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, May 19, 2009

Ibu oh Ibu..

Ku baru sampai umah dari menziarahi pakcik sepupu ku yang baru meninggal..petang tadi time drive ke umah pakcikku..pertengahan jalan tetiba ku rasa sedih ngat..dengan lagu2 nasyid yg berkumandang lem keta bertambah kesayuan hatiku..rasa rapuh lak hati ku td..tingat time arwah ayah pergi dulu kot..

Ku terkilan sebab ketiga2 anak lelaki pakcik tak berkesempatan utk menatap wajah ayah mereka utk ke akhir kali..hanya menantu dia dan abangku saja saudara lelaki terdekat yang menguruskan jenazah arwah bersama2 org kampung..jauh di sudut hatiku aku bersyukur kerana waktu ayah ku pergi dulu..keempat2 anak lelaki dan menantu lelaki ada di sisi..ku rasa pd waktu tu..arwah ayah pasti tersenyum penuh syukur dan gembira kerana semua diuruskan anak..sakit menghadapi sakaratul maut pastinya terubat melihat anak2nya yang kesemuanya di sisi sebelum arwah di bawa ke alam lain menanti tibanya hari dibangkitkan kembali..

pe pun ku doakan semoga pakcikku di tempat di kalangan hambaNya yang diredhai dan diberi syafaat di sana kelak..amin

Ku letih ngat ekceli..tp nape tah rasa rajin je nak online tgk blog kawan dan check emel..taim bukak inbox emel, ada satu emel yang diforwardkan oleh abangku..sempena Hari Ibu..Maybe ada yang dah dapat dan pernah baca kisah ni..Tapi ku nak share gak kt sini..maybe ada yang masih belum baca lg..Sedih rasa hati bila baca..betapa ku bersyukur kerana masih diberi peluang merasai kasih dan bermanja dengan mak..kucup tgn dan wajahnya..memeluk erat dia bila berjumpa..Alhamdulillah


Sama-sama kita baca dan amik iktibar serta pengajaran k..moga kita akan jadi anak yang soleh dan lebih bersyukur..insyaAllah


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya......mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma..........mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....,mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu........mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.......mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...........mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

kalau balik ke kampung,
yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak

Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.......mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak...
lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan
membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH
ibunya......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan
makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu
ibu:


1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah: RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil
sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan
menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan
menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.



Renung-renungkan..di mana kita di antara perenggan-perenggan di atas..Adakah kita anak-anak yang betul2 mengenang budi dan jasa seorang yang bernama 'mak' atau 'ibu' atau 'ummi' atau 'mummy' atau 'mama'? atau kita hanya anak mereka pada usia kecil kita sahaja..bila kita dah besar..dah dewasa..dah matang..dah punya pekerjaan yang bagus..yang gah..mampu hidup sendiri..boleh bergerak sendiri..kita angkuh dan takbur..hingga terkadang ada yang sanggup menyergah dan mengherdik serta membiarkan insan yang begitu dipandang tinggi darjatnya di sisi Allah dan RasulNya?

Hinggakan ada yang tanpa segan silu 'mengajar' serta menegur ibu tanpa rasa hormat..ada saja yang tak kena di mata..ada saja salah dan silap ibu..Allah tak lantik pun kita kadi guru kepada mak ayah..Allah perintahkan kita supaya hormat dan jaga mereka..bukan jadi guru tak bergaji..mereka tak perlu di ajar..mereka perlukan perhatian dan kasih sayang..bukan ilmu tentang cara hidup moden..mereka hanya inginkan anak2 yang mereka kandung dan jaga dari sebesar kelingking hingga jadi sebesar gerabak ketapi jadi anak2 yang soleh..yang dapat mereka jadikan modal dan aset yang mereka boleh nikmati pabila mereka di alam kubur kelak..amal dan doa anak2 soleh yang akan dipersembahkan kepada mereka setiap hari dan menerangi tempat persemadian mereka..

Ramai anak yang tak rasa penting untuk menghulurkan sedikit wang gaji mereka kepada ibu atau ayah..dengan alasan mereka lebih mampu dari kita..eheh biar sesenang manapun mereka..jauh di sudut hati mereka..mereka cukup bangga dan menghargai pemberian anak2 yang mereka besarkan dari titik peluh mereka..Jika tidak wang..pasti ada benda lain yang boleh kita hadiahkan kepada mereka..Jangan kata mereka tanak duit kita tho mereka kata tanak..Mereka pasti terima if duit yang mereka tanak terima tu kita tukar dgn barang2 atau maybe baju atau kain utk dorang..Sure takkan ditolak punya..Malah mereka seronok pe tho mereka tak tunjuk..tak caya cuba buat..eheh

Ikh naper tah tanganku rajin bebenor menaip malam ni..Rasa semangat len macam je..maybe sbb mak ku ada kt bumi kuantan skang kot..tu yang bersemangat giler kot..seronok beb!bagi yang jarang2 dpt jumpa mak sure dapat bayangkan cemana perasaanku..Sejak masuk ke matrikulasi smpi sekarang ku tak penah duk lama ngan mak..hanya lepas grad je ku berkesempatan manja lama2 sket ngan mak..tu pun tak smpi setahun kot..huhu..pastu ku merantau lagi dan lagi...bila sekali sekala balik kampung memang ku seronok abih..seronok..seronok..bahagia..hepii..hehe pe ku melalut..bior laa..ku ngah wajin ni..

Ya Allah, berilah kesihatan yang baik kepada ibu2 kami..peliharalah mereka..redhai hidup mereka..berkati umur mereka di dunia ini..makbulkan setiap doa dan moga setiap apa yang mereka kerjakan diberikan ganjaran yang besar olehmu..Masukkan mereka ke dalam syurga Mu..bersama para kekasihMu..Amin

1 comment:

Anonymous said...

semoga allah terus memuliakan mak..sebab itu syurga dibawah kaki ibu....