Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Wednesday, October 10, 2012

JAMUAN PANITIA: RESTORAN HJ. SHAHRIN LOW

Salam 'alaikum..

Lama tak senaman jari-jemari nih mengupdate panjang2.. hehe malam ni rasa terlebih rajin dan terlebih masa sebab sekarang musim exam, so kerja pun reda sikit.

Nak share majlis makan-makan sambil menambah lemak kat badan (hahaha..) organized by Panitia Agama Islam. Actually diriku bawah Panitia Bahasa Arab tapi termasuk jugak dalam Panitia Agama Islam sebab mengajar jugak subjek Al-Quran.


Kalau last year venue nya di restoran Thai, tahun ni semua sepakat nak pilih masakan Chinese lak. So, Restoran Hj. Shahrin Low dipilih (terima kasih Kak Roziawati..blogger yg dh lama tak hapdet blog nih..hehe sbb suggest kan restoran ni).


Ni la ghopa restorannya.. Berhadapan dengan Megamall Kuantan. 
Bangunan belakang Restoran New  Horizon

 Senang je nak cari.. tapi parking area ni biasa la..agak jenuh gak nak pusing
cari parking..huhu


 Zoom dekat lagi kasi jelas..hehehe



Ruang makan yang kat dalam.. Agak selesa jugak la kan..hehe




Yang nak lebih open sambil menghirup udara segar (segar ke? haha) boleh
pilih meja kat bahagian tepi. meja kitorang pun kat bhgian ni..sebab ruang dia lebih luas




 Ni menu yang jadi pilihan kami. Main order ikut suggestion staff dia yg
kebiasaan orang order

Meh kita zoom satu-satu menu yang dipilih..kasi tangkap leleh sikit...haha

 Udang Telur Masin

 Ayam Liang Chong.. Rasa dia macam kita masak pakai Osyter Sauce ngan halia


 Daging Hotplate (i loike!)

 Siakap Stim Hong Kong (jauh import ni tau..kihkihkih)

 Hong Kong Kailan Ying Yong (eh btoi ka eja taktau la..hentam!)
Kailan tu sebelah distim dan sebelah lagi digoreng rangup


 Taufu Hotplate Jepun (best jugak ni)


 Ni meja ustaz2 ngan anak2 dara..hehe


 Ni geng mak2 dara..ngee..meja satu lagi yang lupa nak disnap sbb tukang snap
sibuk amik gambo meja lain ialah meja anak dara campo mak2 dara..haha


 Orang paling kaya dalam Panitia tengah bayar makan kitorang..kihkih

Overall boleh bagi 3 bintang setengah. Ada masakan yang sedap giler macam udang telur masin, daging hotplate dan taufu tu..ada yang kureng sikit dan terlebih masin. Air oren yang bia bagi free tu manis sgt2 sampai rasa boleh terus kena kencing manis kat situ jugak!! Adeh dorang ni letak setengah botol sunquick satu jug ke apa.. Bila suruh tambah air, pekerja lelaki tu gi top up air oren tu jugak bukan tambah air kosong!!haha komunikasi tak sampai..

Masa bincang dengan person incharge dia janji nak bagi sup dan buah-buahan free. Bila dah nk makan sup tak sampai-sampai gak. Kitorang selamba je tanya. Then baru la nak pi buat. Lepas tu dia cakap dah abis makan nanti dia akan serve buah. Sampai kitorang nak balik, tak nampak rupa buah pun.. hapolah. Taknak bagi tu cakap je la terus terang. Senang..

Masa ustazah tu bayar, barulah nak mintak maaf sebab tak dapat serve buah. Mesti dia kenselkan sebab kitorang mintak extra nasi 3 pinggang utk 3 orang anak cikgu. Alaa nasi je pun berapa sen sangat la. Boleh bayar je kalau nak charge. Tapi buah tu ada dalam perjanjian. Mungkir janji betoi la depa. Tapi takpe la, kitorang redha je sebab perut dah kenyang..hehe

Before balik tu, dah dengar sok sek sok sek yang next year punya jamuan, dorang nak serang restoran Nasi Arab lak..haha bagus betul! Awal2 dah plan..

6 comments:

Rozuan Ismail said...

wah,sakan makan.huhu.nampak sedap

Hanis MY said...

hanis suko la masakey gini kak wan, terliur weh...

ieda said...

WAHH NANTI DAH GI !

ps ; wann .. aah boleh .. F! lebih dari satu scoop utk gantikan dgn normal meal .. barulah x rasa lapar .. kenapa wan ??
selama nie shake berapa scoop ??

gadisBunga™ said...

saya penah duduk kat jaya gading berbelas tahun dulu. sekejap je tapi. :D

nineynur said...

Restoren ni kt jb pn ada..mkanan dia mmg xmemuaskn.xpadan dgn harga kn cekgu.lo mahal byr mkn sedap xpe.ni ampeh je.sy pnh try yam basket dia.lgsg xde basketnye.sarang je melimpah ruah.cm xiklas je masak...

aimaniman said...

sedap kan makan chinese food ni, memang kena dengan selera akak... macam x p jer lepas sekolah ni, terlur tengok udang tuh..