Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, June 23, 2012

CATATAN PERJALANAN: Dari Tian Jin Ke Beijing

Salam 'alaikum dan Salam Sejahtera..

Janji tinggal janji..hehe lamanya kan ambil masa nak berkongsi cerita.. huhu masa memang dengki sangat ngan KH seminggu dua ni. Banyak sangat yang perlu disettlekan. Hamik kau, sedap sangat pegi bercuti, bukak sekolah je dengan pemantauan la, key in markah dalam sistem la, latihan sukan la sampai balik umah je tengok laptop pun nampak bantal..ehee

Part ni nak kongsi cerita tentang hari pertama menjejakkan kaki ke bumi China atau lebih tepat lagi Tian Jin. Sebab amik flite dari KL ke Tian Jin. Masa booked tiket last year, AirAisa tak buka lagi root ke Beijing. Seminggu sebelum berlepas kalau tak silap baru ada root ke Beijing tu. Tak kisahlah janji dapat sampai ke tempat tujuan kan..

Semua info dah kami kumpul dan ingat baik-baik. Banyak yang tuan rumah pesan kat kami apa yang perlu buat bila sampai di Airport Tian Jian. Sebab orang kat sana tak pandai cakap English sepatah haram pun. Takut nanti susah nak berkomunikasi.

Member kitorang dah siap2 send lakaran ringkas ke whatsapp mana harus kitorang tuju bila keluar dari Arrival Hall. Kitorang pun ikut la peta yang dah diberi tu. Keluar dari pintu arrivals kena pergi ke kaunter tiket. Tapi kena hati-hati sebab ada dua kaunter tiket. Satu untuk bas ekspress direct ke Beijing dan satu lagi tiket shuttle bus untuk ke stesen keretapi ekspress.

Kitorang dah dilarang supaya tak naik shuttle bus sebab kalau naik keretapi (bullet) tu nanti hubby member tu tak dapat ambik sebab dia pun taktau cemana nak ke train station tu.

Kitorang pun dengan penuh hati-hati (konon..) cari la kaunter yang dimaksudkan. Pusing tengok keliling macam takde je kaunter berkembar yang dimaksudkan. So kitorang jalan la sampai nampak satu kaunter kecik dan ramai orang beratur kat situ. Dan ada dua buah bas kat situ. Dengan penuh yakin, kitorang pegi ke situ then cuba tanya penjual tiket kat kaunter tu. Tanya dia tiket tu untuk bas ke Beijing ke? Dan rasanya dekat 3 kali jugak member KH tanya dan penjual tu angguk je..hahaha sudah!!!Macam itik ngan ayam bercakap je..

Dan kami memang tersangat yakin itulah kaunter untuk tiket bas ekspres terus ke Beijing. Tambang dia tak ingat dah berapa. Tengok pada bas tu, memang yakin bas ekspress sebab macam selesa je..hehe shuttle bus kita kan biasa je..

Dalam 15 minit baru bas bertolak, kami rasa lega sebab dah berjaya naik bas..hehe..taaaaapii dalam 20 minit bas berhenti kat satu tempat dan semua orang turun. Kami terpinga-pinga..aik kenapa semua orang turun sini?Bukan perjalanan ke Beijing 2 jam lebih ke? Then dengar satu suara cakap "turun-turun dan sampai"..haaa orang Malaysia! Dengan selamba KH cakap "err kitorang nak ke Beijing"

Ada chinese 3 orang, sorangnya perempuan. Yang perempuan tu jawab "kita pun nak ke Beijing..jom turun. Bas ni sampai sini je maa".. dengan blur nya kitorang pun turun dan amik beg. Dah la kena merangkak masuk dalam tempat simpan beg kat bawah tu sendiri. Pemandu dia buat derkk je..hahahaduii

Then chinese 3 orang tu ajak jalan dengan dorang. Nak pegi mana? Dorang cakap ikut dorang ke train station. Bas tu rupanya feeder bus untuk ke train station. Huwawawa pokcik jual tiket tu main angguk je sebab dia dengar word "Beijing" je kot. Memang betul la dia angguk sebab kebanyakan orang akan naik train ke Beijing sebab sekejap je dalam setengah jam. Kalau naik bas ekspress lama.

Boleh bayangkan tak macamana kami bertiga jalan ikut dorang dengan beg2 kami yang besar gedabak!!Dorang selamba je la sebab masing2 bawak backpack je. Memang sakit giler tangan sebab kena angkat troly beg besar gedabak tu sebab jalan ke train station tu macam ikut satu kawasan construction dan banyak batu-batu..huhu

Memang penat giler rasa, tapi syukur sangat sebab Allah dan bantu kami jumpa dengan mereka bertiga. Dorang memang tolong kami sampai kami dapat naik teksi ke tempat tinggal member kami kat Beijing. Kalau dorang tak tolong maunya sampai malam kami sangkut kat train station Beijing tu taktau mana nak tuju. Yang member tu pulak takyah cakap la, memang dia risau giler sebab takut kami sesat ke pe..

Nak tanya orang memang tak dapat la sebab dorang tak faham sepatah haram pun. Sebut 'teksi' pun semua tunjuk muka blur dan geleng.. Memang dugaan sungguh. Time tu la rasa balik Malaysia nanti nak belajar Mandarin!haha

Alhamdulillah, dalam kul 6 lebih kami selamat sampai depan entrance hotel tempat member tu tinggal..hehe pengalaman mahal tu! Member kitorang tu cakap, dia pun tak penah lagi naik train ke Beijing. Kalah dia!hehe

 Tian Jin International Airport

 Tengok airport Tian Jin ni macam airport Kuching je..
Boleh bayangkan tak cemana kami heret beg kedabak ni jalan ke train station..jauh la gak


 Ngendeng depan kaunter tiket keretapi..hehe


Dalam train station..besar dan selesa macam airport je.
Semua orang tengok kitorang. Pelik kot sebab kitorang bertiga je yang bertudung..hehe


Yang baju hijau tu salah sorang yang tolong kitorang



 Winnie yang baik hati..jasamu dikenang!


Siap ada air free yang diagihkan kat station ni


Memang selesa.. siap ada crew yang comel2 lagi layan..hehe


Posing ajee!haha

 Dah sampai! ni la tempat penginapan kami sepanjang kat sana.. 


Dua family je dari Malaysia stay kat sini family member ngan family bos hubby dia


Posing lagi sementara tunggu member turun amik kitorang. tak boleh main redah je.
 Security memang ketat..khikhikhii


Dan ini.. barang-barang yang dikirim dan yang kami bawak untuk tuan umah..
Siap dengan ikan bilis, ikan kering, mangga muda dan macam-macam lagi..hehe


Setakat ni dulu..nanti sambung cerita kat Tembok Besar lak..
Tataaa..

11 comments:

atuk said...

Assalamualaikum KH

pengalaman yg sungguh menarik

Alhamdulillah...semua selamat

نورعيم said...

amboi kak. jauhnyo jale tu. hikhik. gi nge geng2 cikgu ko?

♥MAMASYAZA♥ said...

alahai bestnya dpt jejak kaki kat sana

eelobor said...

sedak nyo dio gih make angin jauh2 lg terrrr

☾SHiemaCMa786☾ said...

seronok baca kisah perjalanan akak ni..alhamdulillah...nasib bek jumpa dgn org yg betul2 menolong wpun agak jauh perjalannye..
best tgk pic2 tu..wehuuu!

kurus said...

wah wannn menakutkan bila dgr kena menapak tuu .. sib baikk ada org yg paham b.melayu huhuhu
susah gak pergi sana kalau mereka x pandai berbahasa ingeris huhuh
bantut impian huhuh
kenapergi ngan travel agen nampak gayenyaaa

aizamia3 said...

walaupun ada halangan sebelum sampai destinasi tapi itulah pengalaman berharga yang jarang kita dapat.. ;)

whitecappuccino said...

sungguh mencabar perjalanan ni ya..pengalaman mahal ni

whitecappuccino said...

sungguh mencabar perjalanan ni ya..pengalaman mahal ni

izz iizza said...

pengalaman berharga tu..:)

missina said...

pengalaman redah2 ni memg best,adventure habis,,cuma penat skitla,,huhu,,sy dulu ikut pakej je,,senang skit sbb takde sape member yg tinggl sane