Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Saturday, May 19, 2012

Takde Rezeki Lagi..

Menaip entry dalam keadaan jiwa raga masih kuciwa berduka lara.. Kali ke 3 memohon pertukaran ke negeri kelahiran dan jawapannya masih sama, "PERMOHONAN ANDA TIDAK DILULUSKAN.KEPUTUSAN ADALAH MUKTAMAD"..Muktamad la sangat! (eh emo lak...huhu)

Memang dapat agak keputusannya sebenarnya.. Agak susah nak masuk ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni..huhu berkurun baru dapat. Yang ada kabel besar lori pun belum tentu dapat kan..

Apa-apa pun diriku ini terima segala ketentuan dengan hati yang terbuka. Kita merancang tapi Allah juga sedang merancang sesuatu untuk kita tentunya. Perlu positifkan diri! Kalau tak nanti tak ikhlas jalankan amanah pulak kan..

Tapi takkan give up untuk mohon pertukaran! One day mesti dapat jugak. Siapa tahu kan?Rezeki masing-masing.. Tahniah buat rakan seperjuangan di Sabah dan Sarawak yang berjaya pulang ke Semenanjung.. Anak-anak dan isteri/suami pastinya sangat gembira kerana akan bersatunya sebuah keluarga di bawah satu bumbung. Alhamdulillah.. Yang tak berjaya jangan berputus asa. Cuba lagi nanti..insyaAllah

Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun dah berkhidmat di bumi Kuantan ni..huhu




17 comments:

JIJI YU said...

soba kak..dea buleh balik kelatea..kito gi shott sekali deh

JIJI YU said...
This comment has been removed by a blog administrator.
aizamia3 said...

belum masanya tu.. ;)
peluang tu akan tiba jua nanti.. insyaAllah..

teratai said...

Sabar ya KH,IsyaAllah ada rezeki nanti tu. Kak dah masuk 11 thn ngajor kat kuantan;anak2 pun pun dah besar panjang!

aimaniman said...

laa, akak ingat kh kat sabah/ sarawak,.. alaa kuantan ngan kelantan x jauh mana,.. cr org kuantan,.. x susah2 nak balik kelantan, time raya je balik, ok tak??

Nur-nba said...

Sabar ye kak.. Kawan Nur mohon sampai kali keempat baru dapat pindah mengikut suami.

Noraim said...

saba kak xdop rezeki lg tu. insyaAllah lamo2 nnti blh kot.

lieynanilaz said...

insyaallah kalau dah lebih 5 tahun akan dipermudahkan..akak pun sekarang alhamdulillah dalam proses pertukaran setelah 3 kali memohon...:) sabar yerk..

Kalamhati said...

>>Jiji:
bereh..mmg nok guru sgt nga jiji.gambar mantop doh tu..mabruk!


>>aizamia3:
insyaAllah..ada hikmahnya tu kan..=)

Kalamhati said...

>>Kak Teratai:
waah akak lg lama..huhu tu la saya tawakkal je if tak dpt sy teruskan khidmat kt sini.lgpun bkn jauh kuantan ke kb

Kalamhati said...

>>mama aimaniman:
hehe dah pindah kuantan kak since 2008..tu la nk kena cari jodoh kt sini sorang tp lum jumpa2 lg.hehe

Kalamhati said...

>>Nur:
btul tu Nur..tak boleh putus asa kan..kena sentiasa usaha..selebihnya serah kpd Allah..=)

Kalamhati said...

>>Noraim:
insyaAllah..buleh saba lg ni..hehe.tpt kito meme susoh nk masuk.penuh sokmo..oghe luar hok ngaja sano pun tok sir kelik negeri masing2..suko duk sano..hehe

Kalamhati said...

>>kak lieynanilaz:
akak dpt ye..tahniah kak!
insyaAllah akan terus usaha..=)

whitecappuccino said...

dok apo..taun depe mesti bulih! cam confident jah ciknor..insyaallah!

♥ Cmª shIemª ♥ said...

huhuh..bukan rezeki nak dpt pertukaran kali ni..
insyallah try lagi mane tau lepas ni ni dpt tukar plak..

Izan Ishak said...

insyaAllah... izan doakan ada rezki akak nak bertukar ke kelantan pasni.