Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, May 8, 2012

LAGU TEMA HARI GURU 2012

Hari Guru 2012 dah tak lama lagi dah.. Esok sekolahku ada rehearsal untuk persembahan guru-guru. Tahun ni berbeza sikit sebab cikgu2 yang kena buat persembahan untuk murid-murid. Bukan murid-murid yang meraikan guru..hehe kelainan tu kadang2 best jugak!Best keerrrr..haha kering pala ni fikir nak buat persembahan apa tau..

Cikgu2 dibahagikan mengikut Rumah Sukan masing-masing. So, apa2 hal esok baru nak bincang dan decide bentuk persembahan yang bakal dipersembahkan.. Nantikan kot2 ada video yang KH sempat rakam nanti..hehe

Oppss lupa dah niat asal post ni...haha cakap banyak sangat! Sebenarnya KH nak share lirik lagu tema Sambutan Hari Guru Tahun ni. Eh!bukan KH yang cipta...orang lain.KH 'CIPLAK' je!hehe ciplak legally ye bukan illegaly.. sebab dah letak source dr mana kan..hihi

Kot-kot ada yang nak pasang lagu ni waktu hari sambutan nanti.

Tema Hari Guru tahun 2012 ni ialah "GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".. Whohoww lonjakan tuuu. Hebat!

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof
(IPGM Kampus Ilmu Khas)


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2

KH ambik lirik ni dari laman rasmi PPD Kulaijaya.. Korang boleh klik >>>> SINI
Nak download lagu tema vokal/minus one pun ada. Lagu Negaraku dan Kami Guru Malaysia pun ada. Senang. Semua ada kat situ. Sebaiknya mohon izin dulu ye. Orang berbudi kita berbahasa.. Betul tak?

Sama-sama kita kongsi bahan yang berguna..=)

Wallahu a'lam..

10 comments:

Kancil 8349 said...

Selamat hari guru...

Cik Sibuk said...

amboi..panjangnye tema hari guru :)

selamat hari guru..semoga sukses nyanyi dengan jayanya di hadapan anak2 murid nanti..heheee

S..U..D..@..I..S said...

nak ucapkan selamt hari guru pada semua guru2 khasnya buat KH..moga sukses sllu

♥ Cmª shIemª ♥ said...

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA!

selamat hari guru kak kh :)

aizamia3 said...

tak lama lagi sambutannya kan.. hadiah untuk guru kelas anak2 dah standby tapi rasanya nak kena beli lagilah.. cadang nak bagi kat semua guru yang mengajar anak2 tapi sape pulak nak tolong g belikan..

suhaimist said...

Kunjung balas dari Kulaijaya.net...
Terima kasih atas kunjungan dan pautan tuan..

Selamat hari Guru

ariana said...

Slmt hari guru..tema hebat..:)

Noraim said...

selamat hari guru kak. semoga menjadi seorg guru yg berdedikasi :)

Anonymous said...

terima kasih.tahun ni mudah jumpa lagu tema dalam versi minus one dan vokal.

Ayen... said...

Selamat Hari Guru yek cikgu...