Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Sunday, February 12, 2012

Kena Sorok Dek Hantu?!

Sape pulak yang kena sorok dek hantu ni? Erkk bukan KH tau. KH cuma teringat kisah zaman kecik-kecik dulu. Yang duduk kat kampung mesti pernah kena 'warning' dengan mak ayah supaya jangan main waktu maghrib, nanti kena sorok dek hantu kan?huhuu

Mula-mula macam tak caya je. Mesti orang-orang tua cakap gitu sebab taknak kita main waktu Maghrib. Tapi KH takde la pernah balik waktu Maghrib, sebab dah tau kalau balik Maghrib2 memang kena la dengan arwah ayah. (bukan sebab takut kena sorok dek hantu ye..hehe)

Ok balik pada kisah kena sorok dek hantu ni, rupanya bukan sekadar ugutan orang-orang tua tau. Sebab KH dengar sendiri cerita kawan KH yang kena sorok dek hantu ni. Bila KH fikir balik skrang ni, maybe lebih tepat 'kena sorok dek bunian' kot..huhuu (berdiri lak bulu roma ni)

Terlopong kitorang dengar cerita dari kawan sepermainan KH tu. Dia bgtau yang sehari sebelum tu, dia main sorok-sorok dengan beberapa orang kawan. Masa kitorang dah balik, dorang sambung main rupanya. Waktu tu dah nak masuk Maghrib.

Dia lari menyorok dekat pokok buluh (pokok buluh tu mmg kitorang tak berani nak dekat..sebab org2 kampung kata pokok buluh tu konon2 ada penunggu). Taktau la cemana kawan KH tu berani nak gi dekat. Dia kata sebab kalau dia nyorok kat situ, sure kawan2 tak jumpa cari sebab tak berani nak dekat ngan pokok tu..haduii bijak punya fikir la tu konon!

Nak tau pe jadi?jeng jeng jeng..

Intermission jap..hehe macam pelem hindustan lak

Sebab lama sangat duduk celah2 pokok buluh tu, dia decide nak keluar sebab dia nampak sorang lagi kawan duk cari dia. Tapi kan, bila dia nak melangkah keluar kaki dia macam terkunci. Dia tak dapat melangkah. Dan bila dia jerit, suara dia macam tak keluar. Dia bgtau, dah kuat giler rasanya dia jerit, tapi kawan yang duk cari dia tu tak dengar pun.

Nak tau tak? kawan KH tu hanya ditemui lebih kurang pukul 9 malam. Kawan yang cari tu bagitau ayah kawan yang hilang tu. Then ayah dengan abang kawan tu cari keliling kampung. Bila lalu kat pokok buluh tu, dorang nampak kawan KH terduduk kat tepi pokok buluh tu macam blur-blur gitu..huhu

Masa dengar dia cerita, rasa cem nak terkencing je sebab rasa takut dan seram sangat. Memang dalam beberapa hari tu kitorang balik awal je ke rumah sebab takut..huhu

Sebenarnya banyak kali jugak la masa KH zaman bebudak dulu dengar cerita kawan-kawan kena sorok dek hantu (bunian) ni..

Yang paling ngeri bila dengar cerita tentang 'hantu air'.. Ada member yang hampir lemas sebab dia kata ada orang tarik kaki dia. Badan putih dan mata dia merah..huhuuu biasanya bila dengar je cerita, memang dekat seminggu jugak la kitorang tak gi mandi sungai. Bila dah tak takut, pegi mandi lagi..hehe budak2 la katakan. Bukan serik pun.

Masa kecik dulu macam taktau sangatkan tentang kewujudan makhluk ghaib ni kan. Bila dah dewasa baru la kita sedar tau bahawa makhluk2 Allah ni wujud. Cuma orang2 tertentu je yang Allah bukak hijabnya dapat tengok dengan pancaindera kan.

Korang ada pengalaman tak?huhuu

18 comments:

S..U..D..@..I..S said...

hehe kalau Aziz M Osman tau mesti dia buat filem nih ..skrg tgh glamor filem hantu

Kalamhati said...

>>Sudais:
hahaha btul2..skang ada hantu dalam botol kicap..
pasni ada hantu pokok buluh la plak!

-gedek! said...

uncle hantu blogging...

haha

Kalamhati said...

>>uncle gedek:
haha hantu tu ramai skrng ni uncle..termasuk sy..=D!

lieynanilaz said...

haha...sekarang ni lagi banyak hantu contoh hantu kak limah..hehe.

teratai said...

pengalaman kena sorok hantu ni memang tak adalah...alhamdulillah:) tapi anak kawan kak diberi anugerah dpt tengok makhluk halus ni! Mereka kata kena buat macam x nampak sbb bila tau kita nampak 'depa', benda tu akan 'ikut'...eeeii takut kan!

Fendy said...

main sorok2 selalu la...setkt ni xde pengalaman kene sorok dgn antu...

Noraim said...

tak pernah lg mengalami kisah cmni. mak ayah msti mrh kalau dok luar rumah wktu maghrib. katanya xelok.

•♥ Myra ♥• said...

heee..myra takde pengalaman camtu..tp mama myra penah cerita yang anak murid dia penah kena sorok dek hantu...huuuu~

whitecappuccino said...

beso gok denga kih susuk ko atu..pahtu wife saing ciknor, anok dlm perot dio takdok maso 7 bule..ambik ko oghe bunian.

Eyeme said...

pokok buluh kat tepi sungai tu ke?kat umah org giler tu yer?giler seram..hantu kopek pun ade kan?terlucah pulak..tapi mmg nama dia cmtu ka?ampun terkasar bahasa,..

AzwanRamli said...

fuh...seram..tapi skarng nie,manusia lagi jahat dari hantu.haha

KhaiZa said...

eeeee... seram dengar
--
Jom lihat Koleksi Tudung Cantik dan Terkini disini
--
Ketahui Rahsia kecantikkan anda disini

ieda said...

zaman ieda kecik2 dulu nenek selalu cerita pasal sorok hantu nie ..
nak2 hantu kopek ekekek

msredcheesecake said...

time2 maghrib memang banyak yang tak elok kat luar tu.... elok duduk umah je....

♥cmª shIemª♥ said...

Salam kak KH.

Huhu..pernah terbaca cerita dari rakan2 tp x pernah lg alami sendiri..
Mmg seram..

eelobor said...

huhuhu...buleh buat filem nih

H.J said...

orang bunian nak main sorok2 dengan dia kot...haha