Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Thursday, January 12, 2012

SEKOLAHKU BANJIR..HUHU

Menulis dalam keadaan hati tak keruan sebenarnya ni. Sementara tunggu berita dari kawan2 yang ada kat sekolah. Kereta KH masih ada kat sekolah, tak dapat keluar sebab air kat pintu pagar nak keluar tu dah parah pinggang. Maghrib tadi pegi tengok, air masih kat paras sama lagi. Towing truck pun tak berani nak masuk.

Dorang suruh balik dulu solat dan kalau apa2 hal, kawan2 akan call bagitau. Ada dalam 14 buah kereta lagi kot yang tak sempat keluar dari sekolah tengahari tadi. huhu ye la kereta bersusun kat tapak perhimpunan sekolah, nak tunggu sorang2 undur kereta satu hal. Nak que untuk keluar tu lama la jugak sebab kena lepas satu2 kereta dulu kalu tak mau ada kereta yang mati enjin dalam air tu.

KH cuba jugak nak redah air paras peha tu, tapi ramai yang larang sebab Myvi agak rendah, depa takut naya je nanti. So, KH undur balik kereta. Memang taknak amik risiko..huhu

Bila Allah kata 'kun'..maka jadilah ia dalam sekelip mata saja tanpa mampu kita berbuat apa2. Walaupun masa yang ada sebenarnya cukup untuk buat sesuatu tetapi kerana ketidakbiasaan ia berlaku. Jadi, semua menganggap hujan hari ini adalah hujan biasa. Tapi sebenornye luar biasa.

Sejarah kot sebab dorang kata jarang berlaku. So tahun ni paling tinggi la banjir tu naik. Dalam cuti hari tu dah sekali naik. Tenggelam Kelas Pendidikan Khas semua dan perabot pun rosak dan kembang. Kali ni air naik lebih tinggi..huhu

Bila air dah naik ke kaki lima sekolah barulah semua perasan yang sekolah sebenarnya sedang dilanda banjir. Air makin lama makin naik. Masa KH masuk ke kelas tahun 6 kat level bawah, air baru nak mengalir ke kaki lima.. Then sekejap je lepas tu, air makin lama makin naik dan masuk ke dalam kelas.

Suasana kelas time tu takyah cakap la..Bebudak ni dah tak dengar cakap kita dah, depa excited nak main air. Risau je takut terjatuh ke pe..huhu tapi dorang dah macam tak ingat dunia dah. KH tunggu je dalam kelas sebab taknak apa2 jadi dengan budak2 ni.

Arahkan dorang bukak kasut dan stokin. Kemas beg dan buku2..Angkat kerusi atas meja dan bersedia bila diminta naik ke level atas.


 Dah tak boleh nak mengajar dah.. Bebudak ni asik 
nak keluar kelas tengok air je..


 Dorang dah berkemas..angkat kerusi atas meja semua..


 Guru Besar arahkan semua naik ke level atas..duduk kat mana2 kelas


 Huhu kesian anak muridku..


 Ikh! bos ni.. org snap gambo dia..dia snap gambo kita lak..


 Laluan ke kantin..


 Kaki lima dah tak nampak dah..


 Masa ni cikgu2 semua kalut nak keluarkan kereta masing2...
Yang kereta duk belakang sempat la keluar..keta KH depan cemana nk kuar


Ni la kereta2 yang tak sempat nak keluar termasuk myvi ku itu..huhu



Murid-murid terpaksa harungi air untuk pulang..huhu


 Huhu macam sungai je kan..


Sekolahku dikepung oleh air..

Hujan baru reda. Harap2 redalah sampai ke esok. Tengah malam ni kalau air kat depan sekolah dah surut, KH nak cuba pegi amik kereta tu. Tak lena tidur duk mikir pasal buah hati sebuah ni..huhu takde buah hati ni, patah la kakiku nak bergerak..huuhu balik tadi pun menumpang orang..huk

Sok sekolah ke tak, taktaulah..Takde notis pun mengatakan cuti. So, kena pegi sekolah lah esok. Patutnya kena cuti esok, tak payah budak2 datang. Kelas bawah mesti berlumpur esok. Jadi tempat dorang berkubang lak..huhu


Doakan kereta KH selamat ye.. huhu


22 comments:

Unknown said...

KH ajar kat rantau panjang ke?

Kalamhati said...

>>Wan:
tak..ni kat kuantan wan..huhu

whitecappuccino said...

banjir rupanya..harap2 air tak naik tinggi lagi..tengok berita tadi pasal banjir kat Kuantan.

Kalamhati said...

>>Ciknor:
huhu hujan reda dah ni..hrp2 reda smpi esok pagi..

YanaHime said...

bebudak cam excited jer main air...ops! redah banjir...haha!

Unknown said...

Teruk jgk kn kak
iffah da sehat

uncle gedek said...

ada ikan sesat tak...?

sud@is said...

bahaya juga kan KH budak2 tu kalu ibu bapa x dtg...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam kak kh..
aduhh...cma seram tgk air yg nek tinggi camni..huhuhu..

serammm..moga2 hari ni keadaan kembali pulih..

sabar ya..dugaan allah itu ada dimana2..& hrpnye buah hati akak juga dlm keadaan baik ;)

Aki said...

whoa.. aki tak pernah lagi experience duk kat klas blajar,tiba2 air masuk..

kurus said...

WAHHHH syooook nyeee ekekek
wan ... banjir tuu
kalau ieda syok harung banjir
kat ktn kann
katanya ada yg dah dipindahkan
x sangka lakk sek wan banjirrr ekkeke .. sejukkk ;)

MOH KEMBARA said...

Salam Cikgu,

Dah surut air? Dah cuci kelas?

Bebudak sukalah banjir ni, tak payah belajar!

Nur-nba said...

Salam. Kak Wan, sekolah akak berhampiran dengan sungai ke? Isk.. boleh tahan juga air yang naik sampai masuk ke bilik darjah. Harap tak ada perkara tak diingini yang berlaku.

Kalamhati said...

hehe mmg pun yana..dah tak daya nk larang dah

Kalamhati said...

ha'ah teruk jugak la..
alhamdulillah iffah..Allah berikan kesembuhan..=)

Kalamhati said...

katak sesat ada la uncle..hehe

Kalamhati said...

Memang..cikgu2 mcm dah taktau nak kawal cemana..depa excited nak main air..takut tergelincir je

Kalamhati said...

Salam cma..

huhu alhamdulillah cma..buah hati dh berjaya dikeluarkan..sian dia bermalam kt sekolah berendam air dan bermandi hujan..huhu

Kalamhati said...

huhu akak pun kali pertama berlaku..air naik cepat gak sbb hujan tak berhenti

Kalamhati said...

hehehe sy mmg dah biasa ngan banjir ni ieda sbb kt kpg mmg banjir..
mmg seronok je tp tak seronoknya bila keta tak sempat nk dibawa keluar..mujur tak apa2 huhu

Kalamhati said...

Salam kak halima..

air jap naik jap surut..klu ujan lebat dia naik..hujan reda dia surut..
meteology jangka smpi selasa ni hujan akan turun

Kalamhati said...

Salam nur..dkat jugak la dgn sungai. bila air sungai naik..longkang yg mengalirkan air jadi bertembung dgn air sungai..tu yg cepat je air naik..