Hari ni bukan makcik kayo..tapi mereka yang kayo..Makcik kayo sekejap je, lepas bagi kat mereka, makcik pokai balik..huhu
Ceritanya, hari ni KH dengan AJK Bantuan dan Kebajikan Sekolah terlibat dapat pengagihan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR), Yayasan Pahang untuk murid Tahun 4, 5 dan 6.
Since 2 hari lepas memang duk kalut buat preparation, bila bos arahkan je suruh agihkan duit maka memo perlu dikeluarkan untuk memaklumkan parents atau penjaga untuk datang ke sekolah ambik duit.
Seperti biasalah, KH dan GPK HEM akan uruskan juga part borang2 yang perlu disediakan. Bila benda yang berkaitan dengan duit ni, semua mesti jelas dan ada bukti atas kertas. Kalau tidak memang nayaaa..
Letih memang letih tapi rasa lega bila dapat bantu mana yang patut. Maklum la, bos baru KH ni baru je menjawat jawatan GPK HEM tahun ni, jadi dia tak familiar lagi dengan semua ni. Tapi dia jenis yang mudah nak dibawa berbincang. So, takde masalah komunikasi. Senang jugaklah nak buat kerja.
Seronok depa dapat duit naa..
AJK Tahun 4 ngan 6 tak menang tangan.. Yg jaga tahun 5 ni bosan
menunggu, tu yg sibuk duk snap pics je. tak ramai parents yang datang.
Depa tak nak duit agaknya..hehe
Mana la dorang ni. Selalu kalau time ambik duit cepat je datang..
Maybe sebab hujan kot..huhu
Dalam pukul 1.50 petang, tengok takde dah yang datang maka kitorang tutuplah kaunter. Kalau depa nak duit, kenalah datang mengadap kaunter pejabat pulak.
Rugi kalau tak ambik, RM300 tuu.. Cuma KH harap duit yang dapat tu, agihkan la sikit utk kebajikan anak2 yang nak sekolah. Beli baju sekolah sepasang lagi ke. Jangan main gilir sepasang je..huhu orang bagi duit untuk ringankan perbelanjaan persekolahan anak2 kan so kena guna sebaiknya.
Jumaat ni insyaAllah pengagihan bantuan e-Kasih pulak. Haa yang ni lagi banyak RM450 untuk yang miskin dan RM700 untuk miskin tegar. Kejaku pegang duit je tapi tak kaya2 gak. hehe teringat kata-kata member KH masa kitorang duk kira duit pagi tadi, dia kata, kalau kita selalu dekat dengan duit, sentiasa duk kira duit, duit tu akan dekat dengan kita jugak..whohoo betul ke?
**Psst: ada yang datang amik duit bantuan pakai kereta ngalahkan cikgu. Cemana?huhuu
21 comments:
eh, pelik plak. nape drjh 4 & 6 ramai, drjh 5 xde? hehe..
tu le namanya tugas, kalau dah diamanahkan kene le jalankan... kalau kelas akak dulu masa bantuan RM100,.. x pernah2 ibu bapa datang amik report card 1st time kelas akak kehadiran 100% ooii...
betul tu wan, dulu ada masa agihan duit apa tah kat sekolah, parents datang dengan keta hebat2..fuyoo! cikgu pakai keta biasa2 jer
mudah-mudahan mereka yang dapat duit bantuan nih gunakan ia dengan baik.
Beruntung mereka ni kerana menerima bantuan. Harap bantuan wang yang diberi digunakan sebaik-baiknya untuk keperluan anak2.
Salam,
Moga wang bantuan itu digunakan sebaik mungkin
alhamdullilah, rezeki mereka..
kalau keluarga susah.. biasiswa mmg sangat2 mmbantu, moga mereka gunakan kejalan y benar.. amin
haa dah rejeki kan
tapi x leh terima juga kalau ada parents yg dpt tuu kereta , mak aii wannn ngalah kiteee huuhuh
wah...gigih kak kh menjalan tugas..
alhamdulillah..hrpnya dgn bantuan sebegini akan meringankan beban mereka..
betulke klu pegang duet ,ia selalu dekat dgn kite..? =)
wahh kaya memasing
akak risau sal posting ni
wahh kaya memasing
akak risau sal posting ni
Dgn bantuan wang ni sedikit sebanyak dpt meringan kan beban mereka..alhamdulillah.. Cuma hrp nya biar lah diberi kpd yg benar2 layak.
oh,kalau macam tu, adik AKI pun dapat ar tu esok.. ha ha ha.. nak minta die blanje aki ar.. :p
Assalamu'alaikum...
kakcik datang berziarah.
Duit syiling itu untuk diagihkan juga ke? :)
Alhamdulillah syukur ada lagi bantuan yang masuk wpun sekulah dah buka.
Semoga menjadi suatu semangat dan dapat meringankan beban.
Bawak keta lebih canggih dari cikgu?? Hebattttt....!
mungkin masih kaya lagi kot KH...tak terperasan
saya sampaikan dah muak tengok duit sebab tau, duit tuh sekejap jer kat tangan. lepas bagi2.... tinggal zero. sbb duit2 tuh bukan milik kita pun
Salam Cikgu,
Keta pinjam kot. Sonoknya depa!
hati2 duit syiling atas meja tu...
itu pon oang rembat tau!
Alhamdulillah selesai tugas yang diamanahkan..
psstt: eemmm.. rezeki mereka dapat kereta yang lebih besar dari cikgu..
bagusnya ada bantuan mcm ni, ringan sikit kan...
p/s: ore kelate ko?
Post a Comment