Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, September 20, 2011

Zizan mohon maaf..Ahmad Idham melenting?


KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.
Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.
Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.
Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.
Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.
“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.
Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.
Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.
Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah“asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

Sumber: Mynewshub


KH: Hmm teguran untuk kemaslahatan semua dan paling penting ia berkaitan dengan ucapan Kalimah Syahadah..maka perlu diterima dengan hati yang terbuka. Bukan nak menghukum..sekadar teguran agar tak berlaku lagi..



8 comments:

naqib faiz said...

betul2. gua setuju.. sepatutnya ahmad idham tak patut melenting sebab fan tegur untuk kebaikan..

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

teguran tu psl agama,bkn org suka2 nak hentam kan kak?

ieda said...

memang ada banyak jenis teguran .. walau mcm mana sekalipun apa salahnya mohon maaf, bukan menegak kan lagi apa yg salah ..

teguran org memang ada yg x sama .. manakan sama nada dan bahasanya .. soo terima dgn hati terbuka kalau benar ia bukan disengajakan tak gituu wan :)

S..U..D..@..I..S said...

mintak maaf dan istighfar le byk2..baguslah ada org menegur benda yg salah dan pd yg mahu menerima teguran
jgn jd bodoh sombong harta duit tak kemana ketanah juga akhirnya

~izan~ said...

lepas ni harap2 direktor filem nak wat citer kena pk2 dlm2 psl bab2 agama ni.

citer hantu kak limah cool je hehe

Niena Pengembara Ilahi said...

hmmm... sedih, nk mengaut keuntungan semata2 hngga prsendakan agama.igt lawak sgt la tu

aizamia3 said...

tak dapat lagi nak tengok cite ni walau dah beli kat astro first.. rugi je rasanya.. tapi tang bab tegur menegur ni, kalau untuk kebaikan kita terimalah dengan hati terbuka.. jadikan sebagai pengajaran untuk masa depan..

msredcheesecake said...

Mmg ada dialog yg buat msred sentap gak... Tak sepatutnya kot...