Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Tuesday, August 16, 2011

Suasana Ifthar Yang Tak Ada Kat Tempat Lain..

Salam 'alaikum..

Hari ni berkesempatan untuk rakam suasana berbuka di Padang Majlis Perbandaran Kuantan a.k.a Padang MPK. Malam ni alhamdulillah dapat solat tarawih berjemaah di Masjid Negeri.

So petang tadi KH merayau-rayau kat Bazar Ramadhan sambil pikul beg senjata. Nak amik suasana kat bazar tu orang luar biasa ramai la pulak..Terbantut la hasrat. Tapi niat untuk rakam suasana kat Padang MPK tu perlu ditunaikan..takut tak berkesempatan dah lepas ni..



Haa memang happening sangat.. siap satu famili berangkut tikar, periuk belanga, mesin basuh bakul makanan dan macam2 lagi semata-mata nak merasai suasana ifthar jama'ie (beramai2) ni..



 Kedudukan Bazar Ramadhan bersebelahan dengan padang..maybe tu faktor yg 
menjadikan tempat ni tumpuan ramai..kat tempat lain rasanya ada tak 
suasana macam ni..Kalau kat padang MPK ni memang dah jadi macam 
acara wajib tahunan pulak..kat tempat korang ado?



Ni belum penuh lagi ni..Masa KH jalan nak ke masjid..Toleh ke padang semula,
tengok padang dah hampir penuh..Meriah sungguh..Nak join tapi KH pegi
sorang je..hehe takde geng


Seronok tengok family2 berkumpul..bentang tikar..borak-borak sementara tunggu azan. Nak2 pulak pemandangan Masjid Sultan Ahmad Shah yang jadi background suasana ifthar ni..Memang rasa lapang je fikiran berada kat tengah padang ni tadi.

Cuma yang tak sedap mata memandangnya adalah bila couple-couple pun menyibuk jugak berdua-duaan kat sini..Haishh sempat lagi nak dating puasa2 ni ye. Tujuan nak berbuka puasa beramai-ramai tu bagus dah, tapi bila kome berdua-duaan walaupun di tempat awam gini, sama je dik..Terbang abis pahala puasa tu..huhu sayang la


Korang ifthar apa hari ni?KH beli nasi kukus tadi. Baru je lepas makan. Ifthar dengan air jagung dan kuih dulu td, pastu terus join solat kat masjid..


9 comments:

cik deyla said...

dulu masa kat kuantan pernah jugak berbuka dekat padang ni. meriah sangat :))

cucu umie said...

hehe..sgt2 best..blom dpt merasa lg lah nampak ye ayie nie..

pengemis Cinta~ said...

meriahnya..tak pernah pc p tempat macam ni..hurm.kna p jugak neh..hehe;)

teratai said...

ohh KH ifthar dgn nasi kukus yg femes tu ke? kalu gi sini selalu beli nasi kukus tu utk anak keempat (ira)~suka sangat. Kedai nasi kukus tu kat kolej shahputra n Food court Jungle IM...memang sedap!

tp yg lecehnya kena beratur panjang~nak beli sebungkus jer!demi anak belilah juga:)

Leya said...

walaupun duduk Kuantan,tak pernah lagi bukak puasa kat sini...kene cuba gak la.

aizamia3 said...

menarik tapi ai belum pernah menghadirinya..

Fiza Z. Abidin said...

menarik tak pernah lagi join walaupun famili mertua org kuantan :)

Salwa said...

best nye berbuka meriah camni.

Ann Ishak said...

dekat kl nan ado macam ni KH...ifthar dekat hotel2 je yang penuh gini