Dah Baca Belum? Panas Lagi Ni!

My Life's Journey

Monday, August 1, 2011

Sempena Ramadhan: Mari Kita Belajar Bahasa Arab!

Salam 'alaikum..

Selamat Berpuasa semua!Hari pertama puasa ni korang ok tak? Nampak segar bugar je lagi tu?hehe harap2 semua power lagi ni..Bertahan sehingga ke waktu azan..Caiyyokk!

Haa sempena bulan Ramadhan ni, chekgu nak bukak kelas Bahasa Arab lah. Kita belajar kalimah atau perkataan Arab yang simple. Yang berkaitan dengan Ramadhan dan yang sewaktu dengannya. Kita belajar sehari - satu/dua kalimah saja.

Boleh tak murid-murid?hehehe

Perkataan pertama hari ni ialah:


Ifthar (dieja- alif, fa, tho, alif, ro)
Maksud dia - berbuka puasa

Perkataan ni dah biasa digunakan dah sekarang ni. Banyak poster2 yang KH tengok menggunakan "Majlis Ifthar" instead of "Majlis Berbuka Puasa".. Bagus tu. Mengimarahkan penggunaan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian kita. Besar pahalanya bila kita gunakan Bahasa Al-Quran dan Bahasa Ahli Syurga ni kan..


Wallahu a'lam... Selamat Ifthar untuk semua..=)


18 comments:

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Cikgu Wan, Ifftar apa ari ni? He he kat Turki deme guna perkataan Ifftar, tu sebab akak dah biasa guna jugak kalau tulis dalam blog akak!

Kalamhati said...

>>Kak Halima:
'Alaikumussalam kak..sy iftar ikan patin masak tempoyak..kakak ipar bekalkan semalam..hangatkan je arini..hehe tu la sy tgk akak guna iftar tu..=)

ISZA said...

salam,
ana iftar nasi goreng sahaja..
:)

Sunah Sakura said...

tadi da join iftar da.. hehehehe

Kalamhati said...

>>cikgu isza:
salam..wah!enti makan nasi goreng..peberet ana tu..hehe

Kalamhati said...

>>Sunah:
hehe ahsanti (good girl!)..=)

Syazwan Che Deraman said...

terima kasih ustazah..
saya baru tahu..nice sharing :)

Scha406 said...

t.kasih cekgu!

*wpun mmg tau ape itu ifthar :)

kurus said...

tkasih ostajah ! ...
sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

ariana said...

Molek sgt buat kelas B. arab sempena bln Ramadhan ni..kalau sehari satu perkataan..sebulan dah berapa..hehe.. Ramadhan Kareem Ya Ukhti..:)

Zue AnnaLeeya said...

tima kasih ustajah sharing kt sini....

shahrilhakime said...

Jadile.....
sehaghi sepatah perkataan.....
lame2 banyak le perkataan yang kite dapat kan cik KH....

exora said...

semalam KH ifthar dengan apa yer...
nak test ckp..hehe

Izan Ishak said...

mari2 kita semarakkan ramadhan dgn belajar bahasa arab...izan pun dah byk lupa ni...

selamat ifthar utk hari ni ye kak wan...

aizamia3 said...

perasan jugak cuma tak terfikir nak cari maksudnya..

sedap bunyinya.. 'ifthar'..

eelobor said...

apa kata kakchik teruskan kelas bahasa arab nie setiap hari. hahahaha, dah banyak perkataan hok lupo. molek jugok bley2 refresh balik

☾SHiemaCMa786☾ said...

belajar bahasa baru hari ni...
terima kasih cikgu!

nineynur said...

selamt iftar cekgu,,katira satuuu